• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Pahang Masih Bawah Kemampuan Sebenar

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Biarpun berjaya mengutip mata penuh selepas menundukkan ATM 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur malam tadi, pengendali skuad Tok Gajah Dollah Salleh menyifatkan prestasi anak buahnya masih kurang memberangsangkan berbanding kemampuan sebenar.

Beliau berkata corak permainan sambil lewa yang ditunjukkan pemainnya menyebabkan Pahang gagal mencipta jaringan lebih banyak.

“Permainan yang ditunjukkan jauh berbeza berbanding sebelum ini, bagaimanapun saya percaya prestasi kurang memberangsangkan ini tidak akan berterusan bagi perlawanan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan pusingan kedua Piala FA di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Dollah begitu yakin pasukannya akan mencipta kemenangan dan mampu mencipta gol tambahan walaupun pasukan ATM berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Sementara itu, Ketua Jurulatih ATM Azhar Abdullah tidak menolak tahap kemampuan pasukannya jauh berbeza jika dibandingkan dengan Pahang.

“Saya berpuas hati dengan semangat permainan yang ditunjukkan oleh pasukan ini yang terdiri daripada anggota tentera tanpa melibatkan pemain luar,” katanya.

Azhar berkata pendekatan teknik bertahan sememangnya perancangan yang diaturkan dari awal, bagaimanapun kelekaan pemain Pahang memberi peluang untuk ATM mencuri gol sagu hati.

Bagi saingan Liga Malayasia musim ini, katanya ATM tidak meletakkan sebarang sasaran, namun akan bermain habis-habisan bagi mencapai kejayaan sejauh mungkin. – BERNAMA

Tags: Dollah SallehSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Kritik Mahathir Mahu Kembalikan PPSMI

Next Post

Agong Rasmi Pembukaan Parlimen Penggal Ke-6

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

Next Post

Agong Rasmi Pembukaan Parlimen Penggal Ke-6

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd