• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPR Kota Marudu: Rakyat Nikmati Kediaman Selesa

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerongkom Jaya di sini, bakal menjadi pencetus perubahan dalam memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah di daerah ini untuk menikmati kediaman lebih selamat dan selesa.

PPR setinggi lima tingkat menempatkan sebanyak 420 unit rumah itu mula dibina pada Disember 2014 dan siap sepenuhnya Januari tahun ini, manakala penyerahan untuk disewakan kepada penduduk yang layak akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi berkata pihaknya menerima sebanyak 1,370 borang permohonan daripada penduduk setempat, dan ini sekali gus membuktikan permintaan tinggi terhadap projek perumahan seumpama itu di daerah tersebut.

“Permohonan telah dibuka pada awal tahun ini sebelum ditutup pada 28 Feb lepas. Proses pemilihan sedang dijalankan berdasarkan kriteria ditetapkan bagi memastikan hanya penduduk yang selayaknya menyewa unit rumah itu,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

PPR Kerongkom Jaya yang terletak berhampiran pekan Kota Marudu itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk surau, tadika, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak dan kedai bagi memastikan suasana kediaman lebih kondusif untuk para penghuninya kelak.

Setiap unit rumah di PPR itu berkeluasan kira-kira 700 kaki persegi dengan terdapat tiga bilik, dua tandas, ruang tamu dan dapur, selain turut menyediakan sebanyak empat unit rumah yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Arnold berkata projek pembinaan PPR di kawasan luar bandar seperti di Kota Marudu perlu diperbanyakkan lagi pada masa depan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk berpendapatan rendah menikmati tempat tinggal selesa dilengkapi pelbagai kemudahan asas dengan kadar sewa berpatutan.

“Membina projek PPR di luar bandar adalah satu pendekatan terbaik kerajaan kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk tinggal di kawasan kediaman lebih selesa berdasarkan kemampuan kewangan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Arnold berkata, Kota Marudu, terletak kira-kira 131 kilometer di utara Sabah itu, turut mengalami transformasi jelas dalam aspek pembangunan perumahan komersil apabila terdapat banyak kawasan baharu dibuka bagi membangunkan perumahan berkenaan.

Beliau berkata perkembangan positif itu sedikit sebanyak telah mengangkat status Kota Marudu sebagai sebuah pekan membangun sekali gus menarik perhatian dan meningkatkan keyakinan para pelabur untuk melabur di kawasan itu.

“Ini menunjukkan Kota Marudu mempunyai masa depan cerah untuk lebih pesat membangun di masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPRsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd