• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sedang Siasat Tahanan Mati Dalam Lokap

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang tahanan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tergantung di lokap Balai Polis Selama, pada 17 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay berkata bagaimanapun insiden malang itu dipercayai berpunca daripada kecuaian, tidak komited dan tidak bertanggungjawab anggota bertugas.

“Walaupun kejadian berkenaan telah berlaku, namun ingin ditegaskan kepada semua ketua, dan pegawai bertugas supaya terus melakukan pemantauan dan sentiasa membuat semakan.

“Kami klasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan turut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dengan kerjasama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke-211, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, di sini hari ini.

Lian Lay berkata beliau berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dan anggota yang terlibat mendapat satu keadilan menerusi siasatan yang adil.

Dalam kejadian 9.30 pagi, mangsa berusia 39 tahun yang juga orang kena tahan (OKT) mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 ditemui dua anggota bertugas dalam keadaan tergantung di dalam lokap. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: bunuh diriTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Politik Pengundi Cina Tidak Mampu Ubah Kerajaan

Next Post

Pembangunan Semula Taman Ikan Emas – Ku Nan

Related Posts

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

Kes Sanusi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi, Tarikh Bicara Baharu Akan Diberi Kemudian

100 Lagi Anggota Ditambah Bantu Gerakan Buru Tahanan Lolos Depoh Imigresen

02/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Gerakan besar-besaran dilancarkan bagi memburu dan menahan semula 130 tahanan yang lari dari Depoh Imigresen Bidor, malam tadi....

Next Post

Pembangunan Semula Taman Ikan Emas - Ku Nan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd