• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Pistol, Dadah Di Tanah Merah

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis menahan tiga lelaki bersama sepucuk pistol berisi enam butir peluru serta 9,200 biji pil kuda (Methamphetamine) dalam serbuan di sebuah bangsal berhampiran sawah padi di Batu Gajah, Tanah Merah, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata serbuan pukul 1.20 tengah hari hasil risikan dan maklumat awam berkaitan pengedaran dadah di kawasan itu berjaya menahan tiga lelaki berumur lingkungan 33 hingga 42 tahun yang juga penduduk tempatan.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek pertama berumur 33 tahun, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver Smith & Wesson berisi enam butir peluru di pinggang kanannya dan siasatan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata pemeriksaan lanjut di bawah bangsal berkenaan, polis menemui sejumlah bungkusan berisi 9,200 biji pil dipercayai dadah jenis pil kuda bernilai kira-kira RM92,000.

“Senjata api dan dadah yang ditemukan itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran, suspek juga dipercayai baru sahaja membawa masuk dadah itu ke sini dalam jumlah yang banyak,” katanya.

Beliau berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya pistol itu adalah yang ke-12 dirampas oleh polis Kelantan sejak Januari lepas hingga kini dan siasatan mendapati penjenayah dipercayai memiliki pistol bagi melindungi diri mereka daripada musuh dalam kegiatan pengedaran dadah. – BERNAMA

Tags: dadahPistol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Port Dadah’ Di Sg. Layar Diserbu, 23 Penagih Ditahan

Next Post

Taman Tema Upin Ipin Di Xian Bakal Jadi Tarikan

Related Posts

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Next Post

Taman Tema Upin Ipin Di Xian Bakal Jadi Tarikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd