• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLKN Akan Terus Kekal Relevan – Johari

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan sentiasa kekal relevan dalam menjana aspirasi perpaduan negara melalui sifat toleransi dan patriotisme, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata PLKN, yang diperkenalkan pada 2004, telah berjaya menerap semangat cintakan negara bagi membolehkan masyarakat hidup dengan aman dan damai tanpa sebarang isu perkauman.

“Nilai saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain, bekerjasama dan bertoleransi dalam negara amat penting bagi negara ini yang berbilang kaum dan agama.

“Untuk itu, PLKN sentiasa relevan dalam hal ini di mana latihan-latihan yang diterima pelatih kini diberi nafas baru, modul ditambah baik dengan pelaksanaannya berjalan dengan baik serta tidak mempunyai masalah sosial dan keselamatan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 Kumpulan 1 Siri 15/2018 di Kem PLKN Dusun Resort di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, seramai 11,776 orang telah mengikuti PLKN Kumpulan 1 Siri 15/2018 di seluruh negara yang bermula 6 Januari lalu.

Katanya jumlah itu melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 6,000.

“Peningkatan jumlah kemasukan pelatih secara sukarela ini menunjukkan respon baik oleh ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai PLKN bagi mendapatkan pengetahuan serta latihan selama 2 bulan.

“Perkembangan ini sangat membanggakan terutama di mana ramai calon menawarkan diri secara sukarela untuk mengikuti latihan PLKN,” katanya.

JLKN akan membuat tiga lagi sesi pengambilan tahun 2018 iaitu 17 Mac hingga 13 Mei, 14 Julai hingga 9 September dan 22 September hingga 18 November. – BERNAMA

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd