• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pil Emas Untuk Najis Berkilauan

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUKAH anda suatu masa lalu, ada pil emas yang dicipta semata-mata bagi membolehkan seseorang itu membuang najis `emas’?

Bunyi kedengaran pelik dan tidak masuk akal namun itulah yang dicipta oleh syarikat Tobias Wong dan Ju$tAnother Rich Kid.

Pil itu telah dihasilkan pada 2012 lalu. Inspirasi pil ciptaan ini adalah manusia boleh memiliki segalanya. Harga kapsul emas itu bagaimanapun bukan murah.

Sesuai dengan mereka yang kaya, ia dijual pada harga kira-kira RM1,600 dengan setiap pil mengandungi 24 karat emas.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pil emas itu masih lagi berada di pasaran kerana pencarian di Google gagal menemui sebarang perkembangan terkini mengenai pil itu.

Namun ia adalah bukti bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja apabila mereka hidup terlalu mewah.

Menurut pengarah kreatif syarikat berkenaan, Kenneth W. Courtney ketika itu, sebagai manusia yang paling mewah, maka mereka boleh mendapatkan segalanya termasuk najis yang berkilauan dengan emas.

“Pembeli pil ini adalah pengumpul seni dan mereka yang mencari hadiah yang menarik serta unik. Ia adalah sebahagian daripada garis objek mewah dan pil ini merupakan penerokaan terhadap `penciptaan’ baru,’’ katanya.

Namun Wong bukan orang pertama yang mencipta kombinasi najis dan emas kerana pada 2007, Terence Koh dilaporkan telah menjualnya najis emasnya pada 2007 dengan harga RM1.9 juta.

Terence adalah artis Kanada dan najis itu dijadikan sebagai karya seninya.

Walaupun najis itu emas namun dari segi logik akal ia menjijikkan dan gila.

Ternyata manusia mempunyai perangai yang pelik hinggakan ke tahap najis pun mahu dijadikan emas. Mungkin kerana terlalu kaya, ada yang sudah tidak tahu apa lagi boleh dibeli dengan wang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: najisubat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Hidu Kecurangan Suami Melalui Gambar

Next Post

Halang Doktor Tamatkan Mesin Sokongan Hayat

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

Next Post

Halang Doktor Tamatkan Mesin Sokongan Hayat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd