• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Selangor Tak Pandang Sebelah Mata KL

oleh AK-47
21/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara lima kali, Selangor tidak mahu memandang sebelah mata keupayaan musuh tradisinya, Kuala Lumpur selepas kedua-dua pasukan itu diundi bertemu pada pusingan suku akhir Piala FA 2018 yang dijadual berlangsung April ini.

Pemangku Ketua Jurulatih Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir berkata kejayaan anak buahnya mengatasi Kuala Lumpur 2-0 pada aksi pembukaan Liga Super Februari lepas tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dalam menghadapi cabaran skuad ‘The City Boys’ kali ini.

Katanya, saingan lebih sengit pasti ditampilkan anak buah Fabio Magrao itu selepas mereka menunjukkan peningkatan prestasi dalam beberapa perlawanan liga baru-baru ini termasuk mengejutkan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim 1-0 diikuti kemenangan 4-3 ke atas Kedah di hadapan penyokong sendiri.

“Kami menganggap aksi berdepan Kuala Lumpur adalah satu pertembungan yang cukup sengit di mana sebelum ini walaupun kita pernah mengalahkan mereka di peringkat liga tetapi itu bukan ukuran kerana saingan Piala FA cukup berbeza.

“Cabaran Kuala Lumpur tidak boleh diambil mudah kerana selepas aksi pembukaan liga tempoh hari, mungkin mereka sudah berada di satu tahap yang berbeza dan kemungkinan juga persiapan mereka kali ini lebih mantap,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis undian pusingan suku akhir Piala FA 2018 di sini, hari ini.

Sementara itu, kapten pasukan Selangor Mohd Razman Roslan menyifatkan aksi tersebut ibarat pertembungan ‘Manchester Derby’ yang pasti menjadi satu perlawanan sukar buat kedua-dua pasukan, namun menegaskan pasukannya sudah bersedia menghadapi cabaran setiap pasukan.

“Bagi saya aksi Selangor dan Kuala Lumpur ini memang mempunyai sejarah tersendiri… ia ibarat pertembungan ‘derby’ jadi memang kami tidak akan mengambil mudah dan akan berusaha keras dalam perlawanan itu bagi memastikan Selangor dapat melangkah lebih jauh dalam saingan ini,” katanya.

Sementara itu, Magrao berkata undian itu tidak memberi tekanan kepadanya dan pasukannya tatkala pasukan itu mengimpikan untuk menamatkan badi selama 19 tahun untuk menjulang Piala FA.

“Tiada tekanan. Pada peringkat ini kami tidak boleh memilih lawan kami dan pertandingan dalam piala ini amat berbeza daripada liga kerana apabila kami kalah dalam liga, kami masih ada masa untuk bangkit semula tetapi tidak dalam pertandingan piala ini.

“Tidak dapat disangkal perlawanan pasti sengit dan kami akan membuat persediaan rapi bagi menghadapinya kerana anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Kami masih mempunyai kira-kira 20 hari lagi menjelang perlawanan untuk pasukan membuat persediaan mantap pada kali ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd