• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC: JDT Kecundang Di Vietnam

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Krisis dalaman membawa kesan negatif kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kalah 2-0 kepada kelab Vietnam, Song Lam Nghe An dalam saingan Piala AFC 2018 di Stadium Vinh, Vinh Rabu malam.

Susulan peletakan jawatan pengendali Ulisses Morais tempoh hari, skuad pengendali sementara Raul Longhi nampak hilang arah tuju apabila beberapa pemain import tidak diturunkan pada aksi kedua Kumpulan H itu.

Dalam pada itu, keadaan bertambah parah apabila penyerang sensasi, Jorge Pereyra Diaz meninggalkan kelab secara senyap dari hotel penginapan di Singapura ketika dalam perjalanan ke Vietnam, semalam.

Kelab Vietnam itu membuka jaringan menerusi Phan Van Duc pada minit ke-22 dan kedudukan itu kekal sehingga babak pertama perlawanan.

Pada babak kedua, JDT, selaku juara Liga Super empat kali, mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa pada minit ke-82 namun tidak berjaya.

Song Lam Nghe An berjaya meraih enam mata penuh daripada dua perlawanan, apabila Pham Xuan Manh menggandakan jaringan menerusi serangan balas pantas pada penghujung perlawanan, menurut laman web rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), www.the-afc.com.

JDT seterusnya akan beraksi menentang Tampines Rovers di Singapura, manakala Song Lam Nghe An akan menerima kunjungan wakil dari Indonesia Persija Jakarta.Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada Selasa depan.

Sebagai rekod, ketua jurulatih JDT, Morais meletak jawatan atas sebab masalah kesihatan keluarganya, tiga hari lalu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: JDTPiala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pintu Luas Pusat ‘Judi Halal’ Eksklusif

Next Post

TNB Selesai Ambil Alih 2 Syarikat RE Di UK

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

TNB Selesai Ambil Alih 2 Syarikat RE Di UK

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd