• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas, Aramco Bentuk Dua Usaha Sama

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS) dan Saudi Aramco, syarikat minyak kebangsaan Arab Saudi, mengumumkan pembentukan dua usaha sama bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), yang menjadi sebahagian Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat berkenaan berkata, kerjasama strategik itu adalah perkongsian bersejarah antara dua syarikat minyak kebangsaan terbesar dan paling berjaya di dunia, membawa bersama sumber, teknologi, pengalaman, kemahiran dan kehadiran komersial.

“Usaha sama ini membolehkan kedua-dua pihak mempunyai pemilikan dan pembabitan sama rata terhadap operasi penapisan dan kemudahan petrokimia terpilih di RAPID.

“Melalui kerjasama ini, Saudi Aramco akan membekalkan 50 peratus daripada keperluan bahan mentah penapisan dengan pilihan untuk meningkatkan kepada 70 peratus, manakala gas asli, tenaga dan utiliti lain akan dibekalkan PETRONAS dan syarikat sekutunya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua syarikat juga akan berkongsi hak untuk memulakan pengeluaran daripada usaha sama itu pada asas yang sama.

Kata kenyataan itu, kemudahan penapisan, yang mempunyai kapasiti 300,000 tong minyak mentah sehari, akan menghasilkan rangkaian produk petroleum bertapis, termasuk petrol dan diesel yang memenuhi spesifikasi minyak Euro5 dan akan menyediakan bahan mentah untuk PIC dengan kapasiti plat nama 3.3 juta metrik tan setahun.

“Projek PIC pada masa ini sudah 87 peratus siap dan dijangka bersedia untuk memulakan operasi penapisan pada suku pertama 2019,” kata kenyataan itu.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS, Datuk Md Arif Mahmood, berkata PIC menjadi perjalanan yang menakjubkan kepada PETRONAS.

“Pembangunan bersepadu itu sudah mencapai puncak pembinaannya tahun ini dan akan memulakan aktiviti pra-pentauliahan dan pentauliahan tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, usaha sama dengan Saudi Aramco adalah hasil daripada usaha bersepadu pihak berkepentingan kedua-dua kerajaan sebagai tambahan kepada kedua-dua syarikat.

“Kami mengalu-alukan pembabitan Saudi Aramco dan memandang ke hadapan terhadap usaha sama yang berjaya,” katanya.

Md Arif berkata, apabila beroperasi, RAPID akan mengukuhkan keupayaan PETRONAS untuk menjadi fleksibel dan boleh diharapkan dalam memenuhi keperluan pelanggan dan mendukung kedudukan syarikat sebagai pengeluar glycol dan polypropylene terbesar juga pengeluar polyethylene dan isononanol berdensiti tinggi kedua terbesar di Asia Tenggara.

Naib Presiden Kanan Hiliran Saudi Aramco, Abdulaziz Judaimi, pula berkata, perjanjian itu akan mengukuhkan kedudukan dan pertumbuhan Saudi Aramco di Asia Tenggara melalui pembekalan minyak mentah dan operasi hiliran berskala dunia.

“Melalui usaha ini, kita akan mencapai penyepaduan tinggi antara penapisan dan petrokimia, dengan pengeluaran petrokimia akan menjadi lebih daripada 20 peratus jumlah minyak mentah.

“Ia juga selaras dengan strategi pertumbuhan hiliran kami yang mana kami sedang melabur dalam sistem penapisan dan petrokimia dari kompleks pengeluaran berskala dunia yang terletak di lokasi strategik dengan pembabitan penapisan sebanyak lapan hingga sepuluh juta tong sehari,” kata Abdulaziz.

Katanya, kerjasama dengan PETRONAS juga akan membuka jalan untuk kerjasama pada masa hadapan antara kedua-dua syarikat.

PIC terletak di kawasan seluas 2,525 hektar, kira-kira 400 kilometer selatan Kuala Lumpur, membentuk 8,903 hektar projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang.

Selain kemudahan penapisan dan petrokimia, PIC juga membabitkan pembangunan kemudahan berkaitan seperti loji pembekalan air mentah, terminal air dalam, unit pemisahan air juga kemudahan utiliti berpusat dan perkongsian. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sing Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sing Sing Coffee) membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd