• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Penumpang Terhempas 49 Maut, 17 Cedera

oleh AK-47
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 49 orang maut manakala 17 lagi cedera selepas sebuah pesawat penumpang milik US-Bangla Airlines terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA), Nepal pada petang Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Seorang pegawai kanan polis, Bishwo Raj Pokharel, yang terlibat dalam operasi menyelamat di TIA, memaklumkan Xinhua di lokasi bahawa “49 orang terbunuh manakala 17 lagi cedera dalam nahas itu. Kami kini menjalankan operasi menyelamat.”

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Pesawat Bombardier Dash Q-400 itu, yang membawa 67 penumpang dan empat anak kapal, terhempas ketika mendarat.

Penerbangan UBG211 itu dalam perjalanan ke Kathmandu dari Dhaka, Bangladesh.

Lapangan terbang itu telah ditutup kepada semua penerbangan antarabangsa keluar dan masuk berikutan nahas tersebut.

Butiran nahas belum dapat dipastikan.

Perdana Menteri Nepal K.P Sharma Oli, Menteri Pertahanan Ishwar Pokharel, Menteri Dalam Negeri Ram Bahadur Thapa dan pegawai kanan lain telah bergegas ke lapangan terbang itu susulan nahas tersebut.

Perdana Menteri telah memaklumkan pemberita bahawa kerajaan akan melakukan siasatan berhubung insiden itu.

US-Bangla Airlines merupakan syarikat penerbangan swasta Bangladesh yang beribu pejabat di Dhaka.

Ini adalah kemalangan udara paling dahsyat di TIA selepas sebuah pesawat Turkish Airlines terhempas ketika mendarat pada Mac 2015. – BERNAMA

Tags: pesawatPesawat Terhempas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

12/06/2025
0

NEW DELHI - Sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 200 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd