• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertingkat Perangi Keganasan ASEAN-Australia

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang berakhir pada Ahad telah mencadangkan supaya kerjasama penguatkuasaan negara anggota ASEAN dan Australia dalam memerangi keganasan terutama aspek perkongsian maklumat perisikan ditingkatkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini kerana dalam keadaan keganasan yang kini telah merentas sempadan, sesuatu maklumat itu mungkin tidak penting di sesebuah negara tetapi penting di negara lain.

“Ini penting untuk lengkapkan maklumat dalam bentuk “jigsaw puzzle”… mungkin maklumat itu boleh ditemui di tempat lain di luar negara,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas berakhirnya persidangan dua hari itu di sini.

Katanya topik berkaitan ancaman keganasan dan keganasan ekstrem menjadi antara topik utama pada sidang kemuncak khas itu dan kerana itu persidangan khas untuk itu telah diadakan.

Najib berkata selain itu, sekatan dana kepada pengganas mestilah diperhebatkan supaya kumpulan itu tidak memperoleh sumber kewangan.

Perdana menteri berkata dalam menangani keganasan, adalah penting untuk memastikan kumpulan pengganas seperti Daesh tidak mendapat rekrut baharu terutamanya golongan pelajar, dengan memberi tumpuan terhadap aspek pendidikan.

“Sekarang mereka masih berjaya peroleh (rekrut) individu-individu tertentu, maknanya “the tap is still flowing” dari segi bilangan rekrut baharu. Saya telah maklumkan bahawa program deradikalisasi kita telah berjaya mencapai 97 peratus,” katanya.

Najib berkata sidang kemuncak khas itu telah menerima Deklarasi Sydney yang turut melibatkan kerjasama dalam bidang ekonomi.

“Kita alu-alukan peranan Australia untuk terus membantu ASEAN mencapai sasaran Komuniti Ekonomi menjelang 2025 dan Pelan Strategik pelbagai peringkat yang mana Australia akan memberi sumber kewangan untuk itu selain Kesalinghubungan ASEAN,” katanya.

Katanya sewaktu sesi permukiman pada sebelah petang, para pemimpin telah membincangkan isu-isu strategik seperti Laut China Selatan, Semenanjung Korea dan isu-isu yang masih menghantui ASEAN seperti etnik Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar.

“Saya diminta mendahului perbincangan isu nuklear Korea Utara dan senario yang mungkin berlaku serta perkembangan terdekat terutama berkaitan pertemuan Presiden (Amerika Syarikat) Donald Trump dan (pemimpin Korea Utara) Kim Jong Un.

“ Pendirian kita konsisten nak Korea Utara hentikan program nuklear dan balistik dan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear, dan dicapai menerusi rundingan,” katanya.

Najib berkata Korea Utara perlu dikenakan tindakan tertentu sebagai mencerminkan sikap dunia yang serius dalam hal itu dan berharap mereka sedar masa depan mereka lebih baik kalau mereka menghormati dan menghayati sepenuhnya resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu demi kepentingan Semenanjung Korea dan dunia.

“Hubungan kita dengan Korea Utara masih diteruskan tapi dikendalikan dari (kedutaan Malaysia di) Beijing kerana kita tidak ada pejabat kedutaan di Pyongyang,” katanya.

Menyentuh kejayaan sidang kemuncak itu, Najib berkata beliau melihat Australia telah mengiktiraf ASEAN sebagai satu organisasi yang penting dan telah berjaya mencapai kestabilan dan keamanan serantau

“Hasrat Australia untuk integrasikan ekonomi Australia dan ASEAN dan kerjasama dalam bidang-bidang strategik seperti Pencegahan Keganasan, saya lihat sebagai kejayaan sidang kemuncak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd