• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persempadanan Semula Kawasan PR Akan Dibentang

oleh Ahmad Albab
10/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentang untuk dibahas dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tarikh sebenar pembentangan usul itu akan ditentukan kemudian selepas perbincangan antara beliau selaku Ketua Wip, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Ketua Majlis Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Pembentangan usul persempadanan semula akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk diperbahaskan dan pengundian akan dijalankan sama ada pengundian secara belah bahagi atau kaedah suara.

“Tarikh untuk pembentangan usul berkenaan belum ditentukan kerana terdapat perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dan selepas itu ada jawapan oleh menteri-menteri diikuti pembentangan akta-akta yang baharu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kali ke-25 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam yang menyerahkan laporan akhir kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu kepada perdana menteri.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata urusan kajian semula tersebut selesai dijalankan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 113(10) Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan penyerahan laporan akhir ini, bermakna tugas dan tanggungjawab SPR dalam melaksanakan urusan persempadanan semula ini selesai sepertimana ditetapkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini, SPR membuat kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang dicabar banyak pihak di mahkamah yang akhirnya memihak kepada suruhanjaya itu.

SPR juga telah menjalankan sesi pendengaran awam bagi mendengar bantahan orang ramai terhadap syor-syornya dalam kajian semula itu.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lepas ketika ini sedang membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Persidangan itu yang dijadual berlangsung sehingga 5 April depan adalah yang terakhir bagi penggal kali ini sebelum pilihan raya umum ke-14. – BERNAMA

Tags: PersempadananPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd