• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi kes, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kementerian perlu meneliti setiap permohonan kewarganegaraan yang berbeza-beza dan mempunyai ciri-ciri tersendiri, tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, hal ini juga menyebabkan kementerian dan Jabatan Pendaftaran Negara sukar mengeluarkan garis panduan yang menyeluruh dan seragam di seluruh negara dalam proses penganugerahan taraf kewarganegaraan.

“Di Sabah dan Sarawak, di sana ada ordinan kelahiran sendiri dan pelbagai prosedur lagi perlu dipatuhi dalam memberikan kewarganegaraan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya.

Beliau menjawab mengenai dakwaan masalah status kewarganegaraan berterusan khususnya di kedua-dua negeri itu yang dibangkitkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang antaranya Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) dan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang).

Katanya, sebagai langkah proaktif dalam menyelesaikan isu kewarganegaraan dan pengenalan diri dalam kalangan masyarakat, kementerian telah mengambil beberapa inisiatif antaranya menjalin kerjasama dengan kerajaan Sarawak melalui jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak.

“Melalui kerjasama ini, semua permohonan yang dibuat di Sarawak akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa ini terlebih dahulu sebelum diangkat kepada kelulusan menteri (Menteri Dalam Negeri),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan...

Salahuddin Tiada Sokongan Di Pulai – Nur Jazlan

18/03/2018
0

JOHOR BAHRU - Kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub yang mungkin tidak kekal bertanding di kerusi Parlimen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd