• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Tak Terlibat PRU14 Bebas Bercuti – KSN

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Cuti penjawat awam yang tidak terlibat secara khusus dengan pilihan raya umum 14 (PRU14) tidak dibekukan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata tiada sebab untuk menghalang kakitangan awam bercuti termasuk untuk ke luar negera disebabkan PRU14.

“Bagaimanapun sektor perkhidmatan awam yang terbabit secara langsung dengan PRU14 seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tertakluk kepada jabatan masing-masing untuk sebarang urusan permohonan cuti.

“Kami tak keluarkan arahan untuk beku cuti kepada kakitangan awam tapi kalau yang terbabit dengan pilihan raya umum (secara khusus) sudah tentu mereka terlibat dan sibuk.. .takkan mereka hendak cuti pula.

“Cuma untuk perkhidmatan lain mereka boleh bercuti seperti biasa tiada masalah dan segala urusan itu atas budi bicara ketua masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Zon Timur 2018, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Nor Inchun Mohamed Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam perkembangan lain, Zainal Rahim berkata, seramai 800,000 pesara penjawat awam kini boleh dikesan dan dihubungi melalui aplikasi yang diwujudkan iaitu 1PesaraFindMe, baru-baru ini.

Katanya, aplikasi yang dibangunkan secara jaringan pangkalan dalam talian itu membolehkan pihaknya terus berhubung dengan pesara kerajaan terutama dalam mendapatkan maklum balas tentang kehidupan mereka selepas tamat perkhidmatan.

“Aplikasi ini juga boleh diakses menggunakan telefon pintar… setakat ini sebanyak 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pesara yang aktif memberi maklum balas melalui aplikasi tersebut” katanya.

Sebelum ini, inisiatif 1Pesara diperkenalkan pada 2014 yang merupakan program kolaborasi strategi empat agensi iaitu JPA, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia sebagai satu pengurusan pesara kerajaan dengan lebih sistematik. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nilai Budi Penting Lahir Generasi Pemimpin Pekerti Mulia

Next Post

Sultan Kedah Rasmi Masjid Tok Bandar Di Baling

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

Sultan Kedah Rasmi Masjid Tok Bandar Di Baling

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd