• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan KFA Akan Bincang Kedudukan Marcote

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan jurulatih Kedah, Ramon Marcote.

Presiden persatuan itu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini susulan prestasi Lang Merah yang agak merudum sejak kebelakangan ini, antaranya terlepas dua piala utama iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA serta jatuh ke kedudukan ketujuh dalam Liga Super.

“Pada mesyuarat itu nanti, kita akan beri ruang kepada Ramon untuk menjelaskan keadaan sebenar mengenai prestasi pasukan di bawah bimbingannya itu. Tidak adil kalau kita terus ambil tindakan padanya,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pejabat Tanah Kota Setar di sini, hari ini.

Setelah gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini, penyokong setia Kedah mula mempersoalkan kemampuan Ramon sebagai jurulatih pasukan selain menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemain import pilihan Ramon, Pablo Pallares yang dilihat gagal menyinar.

Dalam perlawanan menentang Pahang dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lalu skuad Lang Merah tumpas dengan kekalahan tipis 0-1 sekali gus membolehkan pasukan Pahang mara ke pusingan suku akhir Piala FA. – BERNAMA

Tags: Ramon Marcote
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Mampu Pertahan Piala Sumbangsih

04/02/2018
0

JOHOR BAHRU – Mempertahankan Piala Sumbangsih 2018 bukan misi mustahil bagi skuad Lang Merah yang mempunyai rekod cemerlang dalam saingan...

Pemain Kedah Diharap Suai Diri Bersama Marcote

18/12/2017
0

JERLUN - Pemain skuad Lang Merah diharapkan dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama ketua jurulatih baharu pasukan itu Ramon Marcote...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd