• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurangan Denda Reda Kebimbangan KAFA

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengurangan hukuman denda kerana lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan musim 2018, membantu mengurangkan tekanan kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan yang dibuat Malaysia Football League (MFL) itu penting untuk persatuan berkenaan melakukan perancangan sepanjang musim ini dalam keadaan kekangan kewangan.

“Ia sangat membantu kami kerana terlalu banyak dana diperlukan bagi membayar hutang sedi ada dan untuk menguruskan persatuan, bantuan-bantuan yang kita terima tidak banyak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam hari ini dilaporkan berkata jumlah denda itu dikurangkan selepas 10 pasukan terbabit terdiri daripada empat pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier membuat rayuan pengurangan hukuman dalam tempoh 14 hari, selepas pemakluman hukuman dibuat.

Bagi denda melibatkan pasukan Liga Super, hukuman dikurangkan daripada RM1.5 juta kepada RM500,000 sementara hukuman denda pasukan Liga Premier dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000.

Bibi Ramjani berkata pihaknya berterima kasih kepada MFL yang mengurangkan hukuman tersebut dan akan terus berusaha sebaik mungkin bagi memperkasa aspek pengurusan untuk mengelak kesilapan pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau berkata jasa dan pengorbanan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembangunan bola sepak negara ketika menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya dihargai dan masih diperlukan.

“Walaupun tidak lama menjadi pemimpin FAM, Tunku Ismail banyak melakukan perubahan kepada pembangunan bola sepak tanah air sama ada dalam aspek pengurusan persatuan dan sebagainya.

“Secara peribadi, walaupun saya baru terlibat dengan pengurusan sukan ini, saya amat berterima kasih kepada Tunku Ismail berikutan memberikan sedikit sebanyak idea bagi memperkasa pengurusan KAFA,” katanya.

Semalam, Tunku Ismail mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias Khan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bibi Ramjani Letak Jawatan Presiden KAFA

18/06/2019
0

KOTA BHARU - Usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuatkuasa...

KAFA Tak Mahu Ulangi Kesilapan Lantik Jurulatih

28/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam melantik jurulatih untuk mengemudi skuad The...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd