• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Resah Gangguan Bekalan Air Di KL, Selangor

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar ibu negara dan Selangor resah berikutan gangguan bekalan mulai esok hingga Jumaat namun membuat persiapan untuk menghadapi situasi itu.

Eksekutif pemasaran Zuraida Ismail, 29, yang tinggal di Pangsapuri Bandar Sri Permaisuri, Cheras berkata beliau terpaksa membeli tong besar untuk menyimpan air secukupnya untuk kegunaan lima anggota keluarga termasuk ibu bapanya.

“Saya pula tidak dapat cuti untuk membantu kedua-dua orang tua saya untuk mengambil bekalan air esok memandangkan ‘short notice’ yang kami terima,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya beliau hanya menyedari makluman gangguan bekalan air itu yang ditampal di papan kenyataan dan di dalam lif sejak dua hari lalu oleh pengurusan perumahan di kediamannya.

Penghuni Pangsapuri Pandan Utama, di sini, Abdul Nasir Lazim, 56, berkata tangki besar di kediamannya itu hanya mampu menampung bekalan air selama 24 jam untuk 216 unit rumah di kawasan terbabit.

“Jika keadaan berlanjutan dari tempoh tersebut, kami terpaksa menyimpan bekalan air menggunakan tong besar dan botol-botol air untuk keperluan,” kata pemandu teksi yang tinggal bersama isteri dan lima anak.

Sementara itu, penghuni Flat PPR Hiliran, Ampang, Norkamsiah Alias, 58, berkata beliau menyimpan sekurang-kurangnya enam tong besar untuk menampung keperluan keluarganya seramai empat orang.

Beliau berkata persediaan awal perlu dilakukan memandangkan keluarganya tinggal di tingkat lapan bangunan 17 tingkat itu.

Sementara itu, pekerja syarikat swasta Lyn Ahmad, 44, yang tinggal di tingkat dua flat itu berkata beliau amat bersimpati bagi penghuni yang tinggal di tingkat atas terutama warga emas.

“Paling terjejas sekali penduduk yang tinggal di tingkat paling atas sebab mereka terpaksa turun ke bawah untuk mengambil air dan menyebabkan air melimpah di dalam lif,” katanya.

Masalah gangguan itu melibatkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Perlu Sokongan Pusat Untuk Terus Maju

Next Post

Jepun Pantau Kekuatan Skuad B-16 Kebangsaan

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

Next Post

Jepun Pantau Kekuatan Skuad B-16 Kebangsaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd