• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengembangan AirAsia Membanggakan Malaysia

oleh AK-47
03/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia, telah membuatkan Malaysia bangga dengan berkembang sebagai syarikat penerbangan tempatan untuk menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia, kata Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata, AirAsia, dengan permulaan membawa 200,000 penumpang, telah menjadi syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia, membawa 71 juta penumpang dan dijangka membawa 89 juta penumpang di lebih 300 laluan ke lebih 130 destinasi di 26 negara tahun ini.

Beliau berkata, kebangkitan syarikat penerbangan kos rendah itu daripada ketika ia menjadi fenomena baru hanya lebih sedekad lalu kepada apa yang ia jadi hari ini, telah membawa bersamanya satu rangsangan kepada industri pelancongan.

“Terima kasih kerana menamakan saya “Bapa Perjalanan Udara Tambang Rendah “. Saya perlu menjaga kebajikan anda.

“Kerajaan dan rakan sekerja saya, Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) akan memastikan anda berkembang dan berjaya melampaui imaginasi kami,” katanya semasa merasmikan ibu pejabat AirAsia, RedQ, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia dan CEO Kumpulan Bersama AirAsia X,Tan Sri Tony Fernandes, memberikan gelaran itu kepada Najib berikutan sokongan berterus beliau terhadap AirAsia dan industri penerbangan Malaysia.

Turut hadir ialah Liow, Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd dan CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun dan Timbalan CEO Kumpulan (Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat) AirAsia, Aireen Omar.

Najib yang menyifatkan RedQ sebagai ‘pejabat paling hebat di bandar ini ‘ diiringi oleh Fernandes untuk lawatan peribadi.

Sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi Pelancongan, beliau berkata, Malaysia menyasarkan kira-kira 36 juta pelancong dan meraih pendapatan pelancongan RM168 bilion menjelang 2020.

“Kita semakin hampir dengan sasaran ini. Bagaimanapun, pelancongan sering berubah-ubah dan kadang-kadang tidak dapat diramalkan kerana corak perjalanan dan sentimen dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

“Ini bermakna selain mempunyai strategi yang tepat dan satu set dasar yang kondusif, sebagai satu destinasi, Malaysia mestilah bijak dan berterusan dalam strategi kita, dalam kempen pemasaran kita serta merancang pendekatan kita di pasaran yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, dalam Belanjawan 2018 kerajaan telah menyediakan sumber yang banyak untuk terus mempromosi dan meningkatkan kemudahan, termasuk RM400 juta untuk pelancongan udara bersih dan eko dan lanjutan status perintis yang diberi kepada hotel empat dan lima bintang baharu.

Selain itu, beliau berkata, Bajet 2018 juga termasuk potongan cukai yang lebih tinggi untuk tajaan sektor swasta untuk seni, budaya dan warisan tempatan dan asing serta mempromosi Malaysia melalui Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Di sinilah AirAsia dan penyambungan ke Malaysia memainkan peranan penting,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan mesti bertindak sebagai penggerak dan fasilitator untuk melaksanakan dasar bagi mewujudkan sokongan dan menyediakan ekosistem bagi sektor swasta terus maju.

Sebagai “Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia”, beliau berkata, tanggungjawabnya adalah untuk memperkenal dan melaksanakan dasar bagi merangsang pertumbuhan dan kemapanan sektor swasta.

Kakitangan AirAsia dan AirAsia X di Malaysia secara rasmi berpindah ke RedQ pada November 2016.

RedQ, yang direka dengan estetika perindustrian, mempunyai keluasan 18,000 meter persegi dan menampung lebih daripada 2,000 pekerja.

Kemudahannya termasuk Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Lil Star, pusat fisioterapi, klinik Allstars, gimnasium dengan jurulatih peribadi, kafeteria serta bar kopi T&Co. – BERNAMA

Tags: AirAsiaDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd