• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengalaman, Skil Penting Di Sukan Komanwel

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Biarpun belum sembuh sepenuhnya daripada jangkitan demam virus, jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang percaya pengalaman dan skil kayuhannya akan membantu kontinjen negara meraih pingat di Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia, bulan depan.

Bekas juara dunia itu berkata pada penampilannya kali ini bukan atas tiket individu tetapi berpasukan apabila melihat prestasi rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom lebih baik berbanding dirinya ketika ini.

Beliau berkata sekiranya kedua-dua mereka layak ke final pada temasya itu, beliau bersedia memberi laluan kepada kepada Muhammad Shah untuk meraih pingat buat kontinjen negara.

“Kami memang berharap untuk pulang dengan pingat tanpa mengira warna,” katanya pada sidang media mengenai persediaan atlet program Podium di Institut Sukan Negara (ISN) di sini, hari ini.

Azizulhasni, pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 2014, berkata beliau tidak akan mensia-siakan peluang dan akan menggunakan pengalaman serta skil yang ada untuk berjuang habis-habisan di Gold Coast.

Beliau, yang berlatih di Melbourne lebih 10 tahun itu, berkata beraksi di Gold Coast juga ibarat berlumba di laman sendiri dan beliau turut teruja untuk mempamerkan kayuhan terbaik di hadapan penyokongnya di sana.

“Pada latihan dalam minggu ini, saya lihat corak kayuhan semakin bagus walaupun tidak setara dengan prestasi saya ketika Kejohanan Trek Berbasikal Asia baru-baru ini.

“Acara keirin ini tidak bergantung pada prestasi sahaja tetapi faktor lain seperti pengalaman, skil, taktik kayuhan serta elemen nasib juga mempengaruhi pada hari perlumbaan.

Jurulatih (John Beasley) percaya saya boleh kawal tekanan itu dan pengalaman saya boleh menutupi defisit 30 peratus kekurangan prestasi saya ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Kerjasama Platform Inovasi Dari Lembah Silikon

Next Post

Isu Pengambilalihan SPLASH Hangatkan DUN Selangor

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Isu Pengambilalihan SPLASH Hangatkan DUN Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd