• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengadil Perlawanan Selangor-Pahang Digantung

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan menggantung seorang pengadil selama dua minggu selepas membuat keputusan yang tidak tepat sewaktu mengadili aksi Liga Super ketika Selangor menentang Pahang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata jawatankuasa itu membuat keputusan berkenaan selepas mendapatkan laporan daripada penilai pengadil yang mendapati pengadil dari Johor itu secara cuai telah memberikan keputusan tidak tepat yang menjejaskan kualiti pengadilan.

“Pengadil dan penolong pengadil gagal memberikan satu keputusan seperti mana yang kita jangkakan iaitu di luar kawasan penalti tetapi memberikan satu maklumat yang salah, jadi tindakan perlu diambil.

Kita juga menilai prestasi mereka sepanjang berlangsungnya perlawanan dan hasil kajian kita mendapati pengadil berkenaan tidak begitu cergas untuk mengadili perlawanan tersebut,” kata Subkhiddin pada sidang media bulanan Jawatankuasa Pengadil FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Sabtu lepas, pengadil berkenaan dilaporkan memberikan sepakan penalti kepada Pahang pada minit ke-69 selepas pemain Selangor dikatakan tidak sengaja memegang bola di dalam kawasan penalti, namun ia dibantah oleh pemain Selangor yang mendakwa pemain berkenaan melakukan kesalahan itu di luar kawasan penalti.

Pada perlawanan berkenaan, Pahang mencatat kemenangan 3-1.

Dalam pada itu, Subkhiddin memaklumkan seramai empat pengadil yang mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga Super dan Liga Perdana) telah dikenakan pelbagai tindakan tatatertib oleh FAM selepas membuat keputusan yang salah dalam beberapa perlawanan berkenaan iaitu penggantungan selama dua minggu, amaran kepada pengadil serta turun ke liga yang lebih rendah.

Dalam perkembangan berasingan, Subkhiddin yang juga bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan badan induk itu telah merangka beberapa program pada tahun ini dalam usaha meningkatkan jumlah pengadil sebanyak 236 orang pada masa kini meliputi Projek Gemilang Pengadil I dan II, Kursus Pengadil Wanita, Akademi Pengadil Muda dan seminar tahunan pengadil dan penilai pengadil.

Beliau berkata FAM sentiasa mencari jalan untuk menambah jumlah pengadil bagi menampung permintaan yang tinggi dalam mengadili beberapa pertandingan bola sepak di negara ini termasuk Liga Malaysia, Piala FAM, Piala Belia, Piala Presiden, Liga Bola Sepak Rakyat dan Piala Kementerian Pendidikan Malaysia. – BERNAMA

Tags: Subkhiddin Mohd Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Subkhiddin Letak Semua Jawatan Dalam FAM

05/11/2018
0

PETALING JAYA – Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Salleh membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatan...

FAM Bimbang Kemasukan Pengadil Import

25/09/2018
0

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melahirkan kebimbangan syarikat pengurusan bebas pengadil profesional yang dicadangkan Malaysia Football League...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd