• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Bersyukur Tiada Cedera, Maut Dalam Gempa

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Penduduk kampung di kaki Gunung Kinabalu bersyukur tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan susulan gempa bumi yang melanda Ranau malam tadi.

Malah, rata-rata mereka berpendapat gempa bumi itu tidak mungkin akan membawa sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda seperti yang berlaku pada 5 Jun 2015, yang meragut 18 nyawa dan menyebabkan kerosakan pada bangunan serta infrastruktur.

Khajili Sumail, 44, dari Kampung Mesilou di sini berkata gegaran malam tadi tidak sekuat yang berlaku hampir tiga tahun lepas, namun, tindakan utama penduduk kampung ialah berkumpul di sebatang jalan dan memantau sungai di kampung itu.

“Memang kami rasa takut dan cemas, tetapi kami sudah merasa gegaran yang lebih kuat lagi pada 2015. Jadi, kami telah bersedia.

“Kami memantau sungai agar tiada batu yang runtuh dari gunung ke Sungai Mesilou dan menyekat aliran sungai, bagaimanapun ada runtuhan batu dari gunung ke sungai berdasarkan bau belerang,” kata anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu kepada Bernama ketika ditemui di kampung itu hari ini.

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan Ranau pukul 9.06 malam tadi.

Pemilik sebuah inap desa di kampung itu Sanoman Masidin, 47, berkata beliau bertindak menghubungi seorang daripada tetamu inap desanya D’s Homestay Mesilou dan memastikan tetamunya itu dalam keadaan selamat.

Katanya, tetamunya Nurul Syahida Mahamud, 33, dan keluarga hampir mahu meninggalkan inap desa itu selepas merasai gegaran, tetapi berjaya dipujuk oleh Sanoman.

“Saya menenangkan mereka dan memberitahu gegaran biasa berlaku di Kundasang dan beliau serta keluarga terus bermalam di inap desa saya sehingga hari ini,” katanya, sambil menambah inap desa yang merupakan dua unit rumah itu tidak mengalami kerosakan teruk.

Nurul Syahida mengakui keluarganya tergerak untuk kembali ke Kota Kinabalu susulan gempa bumi itu.

Kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang berasal dari Terengganu itu berkata hasrat keluarganya untuk ke Sandakan pagi ini pastinya batal jika beliau dan keluarga kembali ke Kota Kinabalu malam tadi.

Nurul Syahida turut memberitahu terdengar bunyi batu jatuh seperti bergolek dari arah gunung, tetapi tidak sehingga boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan.

Beliau berkata beberapa gegaran susulan turut dirasai, namun tidak sekuat yang pertama. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Minta Pengundi Lembah Pantai Buat Perubahan

Next Post

LZS Agih 10 Buah Van Jenazah Bernilai RM1.2j Sumbangan Zakat

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

Next Post

LZS Agih 10 Buah Van Jenazah Bernilai RM1.2j Sumbangan Zakat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd