• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik PPA1M Metropolitan Kepong Dapat 3 Manfaat

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga manfaat yang diperoleh kira-kira 1,230 pemilik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolitan Kepong yang menerima kunci masing-masing semalam.

Perdana Menteri berkata manfaat pertama adalah berpeluang memiliki rumah idaman, yang kedua kawasan perumahan selesa yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan ketiga mendapat aset yang akan meningkat harganya secara berterusan.

Berucap selepas merasmikan majlis penyerahan kunci PPA1M Metropolitan Kepong di sini hari ini, Najib berkata projek itu siap dalam tempoh 22 bulan tanpa berkompromi terhadap kualiti kediaman tersebut.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata, “Inilah usaha kerajaan untuk kumpulan penjawat awam dan rakyat kerana kerajaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.”

PPA1M Metropolitan Kepong yang dilancarkan Perdana Menteri pada 2016 dimajukan JL99 Holdings Sdn Bhd di tanah seluas 3 hektar bersebelahan Lebuhraya MRR2, bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman lebih murah di bawah harga pasaran.

Rumah-rumah yang ditawarkan berkeluasan 850 kaki persegi (kps), 1,000 kps, 1,200 kps dan 1,500 kps dengan harga jualan masing-masing RM90,000, RM150,000, RM240,000 dan RM300,000.

Perumahan ini yang melibatkan 1,230 unit pangsapuri dengan masing-masing mempunyai tiga atau empat bilik dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, kedai dobi, taman permainan kanak-kanak, surau, dewan serbaguna dan klinik.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata setakat ini sebanyak 35,752 unit rumah PPA1M telah siap dibina atau dalam pelaksanaan, manakala 106,000 unit lagi dalam perancangan.

Beliau berkata kerajaan menetapkan sasaran untuk membina 200,000 unit rumah PPA1M yang dijangka siap dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Bagi setiap unit PPA1M, kerajaan menyediakan subsidi yang agak besar terhadap kawasan atau projek tertentu,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPA1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tambah Unit PPA1M Harga RM90K-RM120K

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menimbang cadangan menambah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada harga RM90,000 hingga RM120,000 selewat-lewatnya...

Pembinaan PPA1M Plus N.Sembilan Dimulakan

26/04/2018
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini merasmikan upacara mula kerja bagi pembinaan 360 unit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd