• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kolej Dijel, Denda Curi Beg, Selipar, Baju

oleh AK-47
19/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar wanita sebuah kolej dipenjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini kerana mencuri sebuah beg, sepasang selipar dan sehelai baju di pasar raya, Selasa lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Amiratul Sharazad Jamaluddin, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri barangan itu yang kesemuanya bernilai RM105.70 di Pasaraya Aeon Big, Taman Dagang Permai, Hulu Langat, di sini pada 6.50 petang, 13 Mac lepas

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya hendaklah dipenjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, seorang pekerja pasar raya itu telah ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan apabila mengambil beberapa barangan serta memasukkan ke dalam begnya dan hanya membuat bayaran bagi beberapa barangan sahaja.

Ketika rayuan peguam Akmal Jusoh yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah anak guamnya telah menyesal dan melakukan perbuatan itu ekoran kesempitan hidup dan benar-benar memerlukan beg sandang yang dicurinya.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh mengambil kira kesempitan hidup bukan alasan untuk melakukan kesalahan mencuri. – BERNAMA

Tags: curi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wow! Resepi Durian Goreng Telur Ahmad Maslan

Next Post

34 Pengamal Media Sertai Bengkel Laporan Bencana

Related Posts

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

Curi Duit Tabung Masjid, Pencuci Kereta Kena Jel 3 Hari Denda RM3,000

Curi Duit Tabung Masjid, Pencuci Kereta Kena Jel 3 Hari Denda RM3,000

29/08/2023
0

REMBAU: Pencuci kereta dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau selepas didapati mencuri duit tabung masjid....

Next Post

34 Pengamal Media Sertai Bengkel Laporan Bencana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd