• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Keluarga B40 Diberi Keutamaan Masuk SBP

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan kerajaan masih lagi memilih pelajar daripada keluarga kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk memasuki sekolah berasrama penuh (SBP).

Justeru, beliau menafikan dakwaan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang menyatakan matlamat asas kerajaan dalam menyediakan SBP kini sudah tersasar dan tidak lagi menekankan bantuan kepada anak golongan miskin.

“Kerajaan masih lagi memilih pelajar daripada keluarga isi rumah B40 di bandar dan luar bandar dengan syarat kelulusan yang membolehkan mereka berada di SBP,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai masalah salah laku pelajar di sekolah, Mahdzir berkata pihaknya telah mengambil pelbagai langkah antaranya dengan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang mengenal pasti prestasi pelajar bukan sahaja dari segi akademik tetapi aspek lain seperti sahsiah diri.

“Pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) juga menjalin kerjasama dengan pihak polis sebagai pihak pemantau bagi mengatasi masalah salah laku pelajar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantal, Bingkai Gambar Dikemuka Sebagai Barang Kes

Next Post

Anjing Pun Nak Merasa Makan McDonald’s Juga…

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

Next Post

Anjing Pun Nak Merasa Makan McDonald's Juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd