• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Yang Tak Pernah Konsisten

oleh Haris
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan (PH) semakin menunjukkan pendirian yang tidak konsisten dalam isu-isu penting dan mendasar dalam usahanya mengemudi gabungan menuju ke Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Walaupun sebelum ini lantang menuntut had penggal memegang jawatan seperti perdana menteri dan menteri besar, PH tidak nampak bersungguh melaksanakannya.

Kalau benar mahu jawatan dihad dua penggal, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mesti segera didesak agar mengumumkan tidak akan menjadi ketua menteri sekiranya DAP menang di Pulau Pinang nanti.

Tetapi seperti yang menjadi amalan dalam budaya politik DAP dan amalan keluarga Lim yang dominan, Lim Kit Siang dijangka mengekalkan Guan Eng sebagai ketua menteri.

Dalam hal ini, bukan sahaja sikap tidak konsisten terhadap had penggal memegang jawatan, tetapi Guan Eng yang didakwa korup dalam membeli rumahnya juga sepatutnya awal lagi sudah berundur atau sekurang-kurangnya bercuti.

Tindakan inilah yang biasa didesak oleh pembangkang apabila mana-mana ahli politik atau penjawat awam disiasat atas sebarang dakwaan kesalahan.

Begitu juga dengan tuntutan bertanggungjawab sebagai pemimpin, yang akan dituntut daripada musuh-musuh politik PH.

Bagaimanapun, kesalahan lampau Tun Dr Mahathir Mohamad cuba ditutup dan permohonan maafnya segera diterima malah dikecam pula mereka yang menimbulkan lagi tentang kesilapan Mahathir.

Isu pentadbiran negara melibatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga menunjukkan sikap tidak konsisten.

Sejak sebelum GST dilaksana, parti-parti yang kini menganggotai PH kuat mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Akhirnya terdedah yang PH tidak bersungguh-sungguh mahu menghapuskan GST yang kuat mereka kecam itu.

Terbukti bahawa mereka dan pakar ekonomi yang mereka sedar bahawa GST ialah cukai yang efisyen dan mampu mendatangkan pendapatan yang besar untuk negara.

Pada masa mereka sibuk mendabik dada mengaku pejuang rakyat, mereka juga lebih sibuk memperjuangkan kedudukan masing-masing.

Setiap pemimpin dalam setiap parti mahukan kerusi untuk ditandingi, dan mahukan kerusi yang selamat.

Sebelum ini mereka melaksanakan Langkah Kajang untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Langkah Kajang yang gagal itu menjadi bukti walaupun ucapan demi rakyat tidak lekang dari bibir mereka, matlamat yang lebih penting ialah kuasa dan kedudukan untuk diri sendiri.

Mereka turut bersikap hipokrit dalam isu kedudukan Islam dan kepentingan Melayu kerana tugas sebagai khadam DAP yang mendominasi PH.

PAN masih mengaku sebagai parti Islam, tetapi sentiasa menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS dan UMNO.

Masih segar dalam ingatan bagaimana wakil-wakil PH menentang RUU 355 dan membuat kecoh di Parlimen serta tidak henti mengeluarkan kenyataan mengkritik.

Terbaru, diisytiharkan pula hasrat untuk melaksanakan semula PPSMI jika PH menang dan menguasai Putrajaya.

Dengan sikap yang tidak konsisten begini, siapakah yang sedia diperbodohkan untuk mempercayai dan mengundi PH? – Mynewshub.cc/H

Tags: pakatan harapanPilihan Raya Umum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd