• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Sedia Ambil Alih Empangan Mengkuang

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia mengambil alih semula Empangan Mengkuang, yang telah diperbesarkan bagi menampung 73.5 bilion liter air, daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan sembilan syarat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata antara sembilan syarat itu adalah KeTTHA perlu memperuntuk RM100 juta untuk pembinaan ampang jajar baharu merentasi Sungai Muda di Rantau Panjang, Seberang Perai Utara dan membina Rumah Pam Lahar Yooi yang bernilai RM80 juta di bawah Rolling Plan Keempat.

Selain itu, KeTTHA perlu menyiapkan projek saluran paip air mentah yang pada asalnya melibatkan kos RM100 juta dari Rumah Pam Mak Sulong di Seberang Perai Tengah, yang baru dinaik taraf ke Terusan Sungai Dua, menjelang Mac 2020 serta menanggung kos pengepaman air mentah di Rumah Pam Mak Sulong untuk memenuhkan Empangan Mengkuang.

Beliau berkata projek memperbesarkan Empangan Mengkuang, yang bernilai kira-kira RM1 bilion, dilaksanakan oleh KeTTHA dan siap sejak Mei 2017 tetapi tidak diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

“Pihak kami telah menghantar surat kepada pihak KeTTHA namun, tiada balasan. Kita nak cepat. Tujuan utama kita mahu ambil alih empangan ini adalah bagi membuat persediaan sebelum musim hujan pada hujung Ogos hingga September ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Jaseni berkata pihaknya boleh membuat perancangan awal untuk mengelak berlakunya banjir dengan menyalurkan air hujan ke empangan tersebut jika KeTTHA menyerahkan Empangan Mengkuang kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan secepat mungkin.

Beliau berkata objektif pengambilalihan empangan itu adalah untuk meningkatkan sumber air mentah bagi memenuhi permintaan air bersih, yang dijangka meningkat pada 2020.

“Kita tidak mahu catuan air berlaku di Pulau Pinang dan disebabkan itu, empangan ini diperbesarkan tiga kali ganda daripada saiz asal. Jumlah takungan air masih lagi tidak penuh, namun pihak kami sanggup ambil alih asalkan pihak KeTTHA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata empangan itu juga ditutup kepada orang awam sehingga semua cerun yang rosak dibaik pulih.

Sebelum ini, Empangan Mengkuang dijadikan sebagai taman rekreasi. – BERNAMA

Tags: Datuk Jaseni Maidinsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

China Komited Tingkat Hubungan Dengan Sarawak

Next Post

Ansuran Bulanan RM50 Mangsa Tsunami Dimansuh

Related Posts

PBAPP Cadang Wajib Pemasangan Alat Jimat Air

31/10/2017
0

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mencadangkan supaya pemasangan alat penjimatan air (WSD) dijadikan mandatori dalam semua...

Gangguan Bekalan Air 76 Kawasan Di SPU, Butterworth

20/09/2017
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 76 kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Butterworth akan mengalami gangguan bekalan air berjadual semalaman...

Next Post

Ansuran Bulanan RM50 Mangsa Tsunami Dimansuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd