• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Duke: Kanak-Kanak Dipanggil Beri Keterangan

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada Mei 2015 untuk memberi keterangan di mahkamah sama ada mereka mahu tinggal bersama nenek mereka, Wirda Syamsuddin atau ibu saudara, Yusnidah Hussain.

Dua kanak-kanak tersebut iaitu Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 10, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 7, kini tinggal bersama Yusnidah yang mendapat hak penjagaan sementara terhadap mereka sejak 11 Ogos 2015.

Mahkamah menetapkan 2 April ini bagi dua kanak-kanak itu memberi keterangan mereka di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab.

Peguam syarie Mahyuddin Md Zahari berkata pada tarikh itu juga hakim akan membuat keputusan berhubung hak penjagaan kekal dua kanak-kanak itu yang telah difailkan oleh Yusnidah, 50, selaku plaintif terhadap Wirda, 55, selaku defendan dalam kes itu.

Mahyuddin berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di hadapan Pendaftar Syariah Mustaffa Amri Yussuf di sini hari ini. Turut hadir ialah peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff yang bertindak bagi pihak Wirda.

Yusnidah memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan menamakan Wirda sebagai defendan.

Dalam kejadian pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves dekat sini. – BERNAMA

Tags: mahkamahNahas Duke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd