• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal Hukuman Jel, Sebat Peniaga Miliki Pedang Samurai

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga terpaksa akur untuk menjalani kehidupan di penjara selama lima tahun dan menerima satu sebatan selepas Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atasnya kerana memiliki sebilah pedang samurai, di perkarangan pangsapurinya tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Shamsainy Abu Kasim, 44, setelah mendapati tiada merit dalam rayuan perayu untuk mengenepikan sabitan dan hukuman.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Sofian berkata walaupun tiada niat dinyatakan oleh perayu, namun dia tetap dianggap telah melakukan kesalahan kerana memiliki pedang samurai, yang disenaraikan sebagai senjata berjadual mengikut Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan, Senjata Berbahaya 1958.

“Mahkamah dapati sabitan Mahkamah Sesyen adalah teratur dan hukuman yang dikenakan terhadap perayu adalah paling minima ditetapkan undang-undang, maka mahkamah tidak boleh mengubah hukuman (yang diberikan) kecuali menambah. Oleh itu mahkamah dapati tiada merit dalam rayuan. Dengan ini rayuan perayu ditolak, keputusan hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan,” katanya.

Pada 5 Julai 2017, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi Shamsainy hukuman penjara lima tahun bermula dari tarikh tangkap 14 Jun 2017 dan satu sebatan selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan ada dalam milikannya sebilah pedang samurai berukuran 70 sentimeter di bawah Kondo Rakyat Desa Pantai Dalam, di sini pada 8.15 malam, 14 Jun 2017

Dalam rekod rayuannya, perayu menyatakan dia tiada niat untuk melakukan jenayah dengan pedang samurai tersebut kerana pedang itu bukan miliknya dan dia hanya terjumpa pedang itu lalu mengangkat untuk melihatnya sebelum secara tiba-tiba ditahan polis.

Shamsainy didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, polis yang sedang membuat rondaan telah menahan tertuduh yang dalam keadaan mencurigakan bersama pedang tersebut.

Terdahulu, perayu yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa hukuman yang dikenakan terhadapnya adalah terlalu tinggi dan memohon hukuman penjara ditukar kepada bon berkelakuan baik dengan jaminan.

Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang berhujah rayuan tertuduh mengenai tiada niat melakukan kesalahan bukan faktor pertimbangan, selain perayu telah pun mengaku bersalah dan mengakui fakta kes terhadapnya. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd