• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Barat Dan Minda Terjajah Pembangkang

oleh Haris
18/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAM siber pembangkang kecoh lagi apabila majalah konservatif British, The Economist menerbitkan artikel mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.

Sambutan yang diberikan cukup meriah, memperlihatkan pembangkang (pemimpin dan ahli biasa parti-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang bersama mereka) amat suka bila media Barat menceritakan keburukan pemimpin negara kita.

Kalau dibaca apa yang dibincang dan dikecohkan pembangkang di media sosial dan laman-laman kalangan mereka, tidak pula nampak yang mereka faham apa yang diperincikan dalam tulisan media Barat itu.

Sama juga dalam hal 1MDB yang suka diberi perhatian oleh media Barat. Pembangkang yang membenci parti pemerintah akan menerima apa sahaja yang dilaporkan, dan kemudian memperbesar-besarkan laporan mereka itu.

Mereka ini dapat semacam rasa teruja yang luar biasa bila media Barat yang melaporkan berita tersebut, tanpa mengira kesahihan fakta yang dilaporkan.

Ini semua berpunca daripada minda terjajah yang mudah kagum dengan apa yang datang dari Barat, akibat rasa rendah diri dan memandang tinggi Barat.

Mereka boleh saja menafikan dakwaan ini, dan mengatakan isunya ialah penyelewengan yang mesti didedah dan pihak terlibat bertanggungjawab, demi rakyat Malaysia.

Tetapi mereka ini sangat sukar untuk mengakui kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan dan parti pemerintah, pada masa yang sama menerima bulat-bulat laporan media asing.

Golongan ini tidak dapat menafikan yang media Barat itu juga rakan mereka dalam usaha memburukkan nama pemerintah dan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Mereka mengharapkan laporan-laporan daripada pihak asing ini untuk mereka angkat sebagai laporan pihak tidak berkepentingan, sedangkan pihak asing itu berkepentingan untuk melihat kerajaan pimpinan orang Melayu dijatuhkan.

Media asing itu juga menjadikan pembangkang dan golongan anti-Melayu dan anti-Islam ini sebagai sumber berita dan pandangan-pandangan bias tentang hal dalaman Malaysia.

Bukan rahsia lagi yang mereka mengenali rapat ramai wartawan media asing dari Barat, dan mereka saling berhubungan antara mereka.

Tidak menghairankan langsung bila laporan-laporan dari media Barat terbit, sering kali pihak pembangkang dan sekutu merekalah yang menjadi sumber.

Satu contoh mudah ialah Sarawak Report, yang sudahpun mengakui bahawa sumber satu laporan fitnah mereka ialah kalangan pemimpin pembangkang ini.

Soalan tentang masa laporan-laporan ini terbit juga sepatutnya difikirkan, yakni pada masa menjelang pilihan raya umum seperti siri laporan sebelum ini yang tiba-tiba muncul dengan banyak menjelang pilihan raya umum.

Mereka juga melakukan perkara yang sama dengan menerbitkan hasil-hasil tinjauan dan kajian untuk melakukan perang psikologi bagi mempengaruhi rakyat pengundi dan juga ahli-ahli parti pemerintah sendiri.

Masa artikel dan laporan mengkritik kerajaan itu dan cara olahannya sendiri menunjukkan kewujudan perang psikologi ini yang tujuannya ialah membantu pembangkang.

Media asing ini memilih untuk melaporkan keburukan pemerintah tetapi amat jarang malah tidak melakukan penilaian kritikal yang sama pada pihak pembangkang.

Satu masa dulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah orang yang paling lantang bercakap bila media Barat mengkritik beliau atau kerajaan Malaysia, semasa beliau menjadi perdana menteri.

Mahathir tahu benar tentang permainan media ini, tetapi sekarang beliau sendiri yang terlibat membantu orang luar memburukkan negara.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dulu perkara yang sama berlaku, apabila satu demi satu media asing melaporkan keburukan parti pemerintah atau sebarang keburukan yang boleh dikaitkan dengan pemerintah.

Sebelum itu, menjelang 16 September, 2008, tarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa akan berlaku perubahan kepimpinan negara, media asing juga sama membantu untuk menunjukkan perubahan memang akan berlaku, dan semua sumbernya ialah Anwar dan mereka yang menyokong.

Malangnya, masih ramai yang tidak belajar dari kesilapan lalu atau sememangnya tidak peka dengan permainan media asing ini.

Kalau dikatakan PRU14 nanti pilihan raya yang kotor, kekotoran paling besarnya ialah fitnah berita palsu, dari kedua-dua sumber dalam negara dan media asing yang disokong pembangkang. – Mynewshub.cc

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMedia Antarabangsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd