• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCPF Perlu Tingkat Peranan Bantu Polis Tangani Jenayah

oleh Ahmad Albab
10/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meningkatkan peranannya membantu polis mengurangkan jenayah, seterusnya meningkatkan persepsi dan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di negara ini.

Katanya walaupun kadar jenayah secara keseluruhannya menurun terutamanya jenayah berat, persepsi masyarakat masih belum meningkat disebabkan oleh jenayah-jenayah kecil.

“Kita tahu tidak ada negara yang bebas secara mutlak daripada segi jenayah, namun MCPF bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperlihatkan pencapaian cukup baik (dalam mengurangkan kadar jenayah) dan kita amat mengharapkan kerja keras PDRM dapat didokong oleh kita (MCPF).

Bukan hanya dari sudut pendidikan yang akhirnya memberikan keberhasilan untuk mencegah dan mengurangkan kadar jenayah tetapi kita mahu MCPF di peringkat nasional, di peringkat negeri dan di peringkat daerah akan terus menjadi satu lagi pihak untuk membantu PDRM,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan MCPF kali ke-25 di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi MCPF, mempengerusikan mesyuarat itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Berucap di hadapan lebih 300 perwakilan yang menghadiri mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata bagi meningkatkan peranannya, MCPF perlu mewujudkan kepolisan masyarakat di setiap daerah dan kawasan perumahan, sekali gus menjadi ‘mata dan telinga’ menyampaikan maklumat kepada pihak polis.

Beliau berkata, kepolisan masyarakat yang disifatkannya amat berkesan mengurangkan kadar jenayah, cukup popular di kejiranan masyarakat Cina, namun inisiatif itu masih kurang dilaksanakan di kawasan kejiranan Melayu dan India.

“Oleh yang demikian, dengan semangat 1Malaysia, kita harap bukan sahaja di kawasan perumahan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi kita berharap di semua rumah-rumah panjang ada kepolisan masyarakat yang akan dibentuk,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kaedah kepolisan masyarakat juga dapat menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan PDRM untuk bekerjasama mengurangkan kadar jenayah.

Pada mesyuarat tahunan MCPF kali ini, turut diadakan pemilihan semula Ahli Majlis Eksekutif bagi penggal 2018-2020. Seramai 35 calon bertanding mengisi 17 jawatan berkenaan.

Selesai mempengerusikan mesyuarat itu, Ahmad Zahid menyampaikan anugerah kepada pemenang Program Lawatan Balai Polis MCPF 2017. – BERNAMA

Tags: MCPFPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Manifesto Pakatan Harapan Lebih Bersifat Retorik

Next Post

Pasar Tani Kekal FAMA Kulim Dapat Sambutan

Related Posts

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing...

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

Next Post

Pasar Tani Kekal FAMA Kulim Dapat Sambutan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd