• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto PH Tambah Beban Hutang Negara – PM

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Beban hutang negara akan melonjak kepada RM416 bilion jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta tol dihapuskan sebagaimana yang dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pemansuhan GST dan tol sahaja akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil negara berjumlah RM383 bilion tidak termasuk hutang sedia ada yang lain.

Katanya separuh daripada pembangunan negara juga tidak akan dapat dilaksanakan akibat kehilangan hasil negara yang besar itu.

“Dia (PH) punya manifesto lagi dahsyat.. (negara) kita akan berhutang dan adik-adik sekalian (generasi muda) yang akan tanggung… Sebab itu kita tidak boleh tipu rakyat, jangan tipu rakyat, yang mana boleh buat, kita buat, yang mana tidak boleh buat, kita beritahu tidak mampu.

Tapi percayalah kita sentiasa fikir tentang rakyat kerana ini dasar kita, rakyat didahulukan,” katanya pada Program Bajet 2018 bersama Rakyat: Belia dan Pelajar, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.

Najib berkata sesebuah negara juga akan berada dalam keadaan mundur jika semua kemudahan diberi secara percuma kerana ekonomi tidak akan dapat berkembang.

“Kita mesti kembangkan ekonomi kita, tahun lepas pencapaian ekonomi kita antara yang tertinggi di dunia dengan 5.9 peratus, bila ekonomi berkembang, banyak pelaburan akan masuk dan akan sediakan banyak peluang pekerjaan.

“Kita ada sistem antara yang terbaik di dunia cuma kadang-kadang kita tidak hargai, bukan salah kita, tapi ada orang tertentu sengaja pusingkan dengan berita palsu,” katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata masya rakat juga perlu percaya dengan kerajaan sedia ada dan yakin bahawa Malaysia kini berada di ambang sebuah negara yang lebih hebat.

“Kita sedang sediakan landskap ekonomi yang baik kepada generasi akan datang, dalam tempoh lima enam tahun lagi Malaysia akan berwajah baharu apabila projek seperti Transit Aliran Massa (MRT), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tun Razak Exchange (TRX) siap sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakManifesto PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd