• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto Pembangkang Dicemari Sensasi

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan semalam ‘hanya besar dalam kata-kata tetapi kecil dari segi kandungannya’, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Kita perlu realistik. Hakikatnya adalah manifesto Pakatan ini hanya besar dalam kata-kata tetapi kecil dari segi kandungannya.

“Dengan mengurangkan pendapatan dan meningkatkan perbelanjaan, Pakatan tidak akan melaksanakan kesemua janji-janji mereka dan masih membangunkan Malaysia,” katanya dalam blog sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Katanya pembangunan negara perlu dibina berdasarkan rancangan-rancangan yang terbukti dan bukannya melalui janji-janji yang dikitar semula.

Memetik manifesto pakatan pembangkang muka surat 138, Salleh berkata Pakatan Harapan membuat banyak janji seperti memberi lebih banyak wang kepada rakyat tetapi tidak menjelaskan rancangan mereka untuk menggantikan pendapatan yang hilang.

“Mereka juga berjanji untuk memberi negeri-negeri bersamaan 20 peratus royalti minyak. Adakah ini bermakna geran dan belanjawan pembangunan sekarang akan dikurangkan atau adakah berlaku tambahan bebanan kepada geran dan belanjawan pembangunan?

“Bagaimanakah negara mampu semua itu dan dari manakah wang itu akan datang? Soalan itu tidak pernah dijelaskan,” soal Salleh.

Katanya ahli-ahli politik perlu membuat janji-janji yang boleh ditunaikan dan bukan sekadar janji yang dapat membantu memenangi pilihan raya.

Salleh berkata pembangkang juga bercakap tentang memulihkan kedaulatan atau kedaulatan undang-undang di mana ia adalah perkara yang sama seperti yang dikatakan pembangkang pada tahun 1988, dan kemudian pada tahun 1998 iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mengamalkan pemerintahan melalui undang-undang berbanding pemerintahan mengikut perundangan.

“Hari ini, Pakatan Harapan berkata perkara yang sama sekali lagi dan telah memilih Tun Dr Mahathir untuk memimpin ‘perubahan’. Apa logik ini?

“Pakatan Harapan juga mengatakan kedaulatan negara telah digadai. Apa yang mereka maksudkan sebenarnya? Adakah mereka mengatakan Malaysia bukan lagi sebuah negara yang merdeka?” soalnya Salleh yang juga bendahari UMNO.

Tambah beliau ini sekali lagi perkara yang mudah sengaja dibesar-besarkan dan disensasikan walaupun Malaysia masih sebuah negara yang merdeka dan kedaulatannya masih utuh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd