LABUAN – Sabah Flour and Feed Mills Sdn Bhd hari ini menjelaskan bahawa seorang lelaki yang terjatuh di jetinya serta lemas pada 13 Mac, bukan pekerjanya.
Dalam kenyataan di sini hari ini, syarikat itu berkata mangsa berusia 37 tahun itu adalah pekerja kontrak sebuah syarikat lain, yang berkongsi jeti berkenaan bagi kerja memuat dan memunggah barangan.
Katanya, penjelasan itu perlu dibuat bagi menghapuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Sebelum ini, wujud dakwaan bahawa lelaki yang mati lemas itu bekerja dengan Sabah Flour and Feed Mills. – BERNAMA

