• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Lancar Laluan P.Pinang-Banda Aceh

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air hari ini melancarkan penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh dengan tambang terangkum promosi bermula daripada RM189 bagi perjalanan sehala, termasuk peruntukan bagasi 15 kilogram.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata penerbangan itu akan berlepas tiga kali seminggu – Selasa, Khamis dan Sabtu – menerusi pesawat ATR72-600 Malindo Air.

“Tempahan penerbangan boleh dibuat bermula hari ini,” kata syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy, berkata laluan itu mempunyai potensi besar bagi pengunjung perdagangan dan liburan dan akan meningkatkan pembangunan dalam sektor pelancongan dan perniagaan di dua destinasi tersebut.

Malindo Air berkata ia juga akan menyambung semula penerbangannya dari Ipoh ke Medan bermula 16 Mac dengan tambang promosi bermula daripada RM169 bagi perjalanan sehala termasuk peruntukan bagasi 15 kilogram.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali, berkata penerbangan terus baharu ke lapangan terbang antarabangsa lain akan dapat meningkatkan kemasukan pelancong ke Malaysia.

“Lapangan terbang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan. Peningkatan trafik penumpang akan menyediakan peluang komersial yang lebih besar bagi rakyat tempatan.

“Tahun lepas, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh mengendalikan 274,000 penumpang manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mengendalikan 7.2 juta penumpang, masing-masing merekodkan pertumbuhan 1.7 peratus dan 8.2 peratus, berbanding 2016,” katanya. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahmad Idham Tak Puas Hati, Mahu Lapor SPRM

Next Post

Perkeso Sokong Pekerja Amal Gaya Hidup Sihat

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

Next Post

Perkeso Sokong Pekerja Amal Gaya Hidup Sihat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd