• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Adakan Semula Penerbangan Ipoh-Medan

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air mengadakan semula penerbangan dari Ipoh ke Medan, Indonesia.

Penerbangan dari Ipoh ke Medan pada pukul 10.05 pagi manakala penerbangan dari Medan ke Ipoh pada pukul 11.20 pagi.

Pada tahun 2014, Malindo Air pernah melancarkan penerbangan Ipoh-Medan-Ipoh, namun ia tidak bertahan lama atas sebab tertentu.

Harga tambang yang ditawarkan oleh Malindo Air kali ini ialah serendah RM169 sehala, namun harga itu akan berubah dari semasa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kekerapan penerbangan dari Ipoh ke Medan adalah empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Beliau berkata dengan adanya laluan penerbangan ini diharap dapat menambah bilangan pelancong melalui Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

“Kita lihat pada tahun 2016 kita terima bilangan ketibaan pelancong sebanyak 269,601 manakala pada tahun lepas sebanyak 273,713,” katanya ketika sidang media selepas menyambut ketibaan penerbangan pertama Malindo Air dari Medan ke Ipoh di LTSAS di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nolee Ashilin berkata dengan kembalinya penerbangan itu ia merupakan peluang terbaik kepada penggiat industri pelancongan di Perak untuk memasarkan produk mereka ke negara itu.

Katanya, penggiat industri pelancongan Perak perlu mempelbagaikan pakej dan perkhidmatan pelancongan bagi merancakkan lagi industri tersebut di negeri ini.

“Potensi untuk kita kembangkan industri pelancongan khasnya kepada pelancong negara jiran amat besar, jadi kita harapkan semua pihak sama ada dari agensi swasta dan kerajaan memainkan peranan dengan menyediakan pakej dan perkhidmatan yang lebih kreatif untuk kita pasarkan.

“Kali ini sasaran kita kepada pelancongan perubatan dan hiburan keluarga. Jadi padanan perniagaan ini akan disertai oleh hospital di Perak yang menerima pelancong kesihatan serta pemilik produk yang akan memastikan penerbangan Medan/Ipoh ini akan membawa lebih ramai pelancong dari negara jiran itu,” katanya. — BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd