• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Minta Ahli PAS Sahut Seruan Rafidah Aziz

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli PAS diminta menyahut seruan Tan Sri Rafidah Aziz supaya tidak terlalu sentimental dan taksub dengan parti dan pemimpin parti Islam itu.

Pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar berkata, mereka yang tidak taksub dengan mana-mana parti adalah golongan pengundi berpengetahuan.

“Negara ini perlukan perubahan dan sekarang adalah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan bagi bina semula negara.

“Sudah tiba masanya kepimpinan negara diserahkan kepada pemimpin yang tidak mementingkan perut sendiri dan parti yang amanah, adil, telus, bertanggungjawab dan jujur,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan sebelum ini menuduh kononnya PAS menerima wang rasuah 1MDB daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuduhan sama dilemparkan oleh pengendali laman web media asing Sarawak Report dan PAS mengemukakan saman ke atas laman web itu di luar negara.

Beberapa laman web tempatan pula melaporkan Rafidah diminta kekal dalam UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau diminta untuk kekal dalam UMNO oleh Mahathir sebagai “Trojan Horse” atau sebagai duri dalam daging atau gunting dalam lipatan.

Tugasnya ialah menyerang Najib untuk memberi gambaran bahawa UMNO sendiri menentang Perdana Menteri.

Pada tahun 2006, Rafidah pernah dituduh menyalahgunakan kuasa berkaitan dengan pengeluaran Permit yang Diluluskan (AP).

Rafidah merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Mahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Raja Risik’: Pernah Gerunkan Tentera Indonesia

Next Post

Usul Persempadanan Semula Diluluskan Dewan Rakyat

Related Posts

Mahfuz Saran Industri Buka Peluang Kerjasama Dengan Pusat Tahfiz

11/12/2018
0

TANAH MERAH - Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat thafiz bagi melatih pelajar dalam bidang kemahiran, sekali...

Konsep Pematuhan Kendiri Diperluas Semua Industri

13/11/2018
0

KOTA TINGGI - Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan memperluaskan konsep pematuhan kendiri melibatkan semua...

Next Post

Usul Persempadanan Semula Diluluskan Dewan Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd