• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Dakwa 10,000 Hadir Ceramah Beliau

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kononnya lebih 10,000 orang menghadiri Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Kamunting, Taiping, Perak malam tadi.

Laman Facebook itu membayangkan kesemua 10,000 yang hadir itu menyokong Mahathir dan kononnya memberi harapan pembangkang akan menang di Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Walaupun dihalang berucap di atas pentas, Tun M menggunakan 4×4, tetap lebih 10,000 orang setia menunggu,” dakwa laman Facebook tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis dan media yang membuat liputan ceramah itu termasuk media propembangkang cuma menganggarkan kehadiran sekitar 2,000 hingga 4,000 orang.

Sementara itu, program ceramah itu menyaksikan pimpinan pembangkang tanpa segan silu menggadai prinsip mereka dengan menjilat balik segala cacian mereka keatas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Mereka juga yang selama ini melabelkan Mahathir diktator, maha zalim dan firaun kerana menggunakan Akta ISA untuk memenjarakan dan menyekat lawan politik bagi memperkukuh kekuasaannya sebagai Perdana Menteri.

Akta itu bagaimanapun dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2011 bagi membuka ruang demokrasi yang meluas di negara ini.

Antara pemimpin pembangkang yang menjilat balik ludah mereka keatas Mahathir semasa ceramah di Perak itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

Mohamad membayangkan Mahathir seorang yang baik, bersih, mulia dan layak kembali menjadi Perdana Menteri sedangkan beliau selama ini banyak kali menegaskan Mahathir bapa segala penyamun di Malaysia.

Begitu juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tiba-tiba membayangkan era pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri sangat baik dan mesra rakyat maka Malaysia perlu kembali kepada era Mahathir.

Paling mengelirukan adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditahan di Kamunting oleh Mahathir selama bertahun-tahun.

Wan Azizah mengakui ISA disalahgunakan oleh Mahathir, tetapi kononnya suami beliau tidak berdendam dengan Mahathir dan mahu rakyat kembali melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Pakatan Harapan dipercayai sengaja memilih Kamunting sebagai lokasi ceramah kerana ia adalah sebuah pekan di utara Taiping dikenali sebagai pusat tahanan ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Dalam ceramah itu, pembangkang kelihatan berpura-pura membuat pelbagai jenaka mengenai ISA di hadapan orang ramai bagi menggambarkan seolah-olah ISA bukanlah sesuatu isu yang berat dan zalim bagi ‘menyucikan’ Mahathir di mata rakyat. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: ceramahTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banyak Hasrat Masyarakat Orang Asli Sudah Dipenuhi

Next Post

Tiada Air! Penduduk Cheras Bimbang, Kecewa

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

Tiada Air! Penduduk Cheras Bimbang, Kecewa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd