• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dewasa, Kanak-Kanak Mangsa Rogol Di Afrika

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAKAR – Lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki menjadi mangsa rogol Pasukan bersenjata Republik Tengah Afrika (CAR), keganasan seks yang tidak pernah dilapor atau dipedulikan, kata sekumpulan penyelidik, hari ini.

Jurucakap penyelidik berkata, kajian yang dikendalikan kumpulan penyelidik Projek ‘All Survivors’ adalah jenayah seks pertama dilaporkan terhadap golongan lelaki di negara bergolak itu, sedangkan tumpuan kebanyakan responden lebih terarah kepada golongan wanita yang terselamat.

Berdasarkan laporan kajian terbabit, puluhan kes membabitkan lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki menjadi mangsa rogol ketika mereka menjadi tawanan atau kerana enggan menyertai pasukan bersenjata.

“Penemuan ini menunjukkan pola golongan lelaki yang menjadi mangsa seksual, memerlukan perhatian segera,” tulis laporan itu.

Pengarah Projek All Survivor, Charatu Lata Hogg berkata, kebanyakan anggota pasukan itu menggunakan keganasan seks terhadap lelaki dewasa dan kanak-kanak sebagai alat untuk memalukan, melemahkan serta keganasan terhadap mereka yang dianggap musuh.

“Hasil kajian kami hanya memberikan gambaran terhadap apa yang sedang berlaku,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Menurut organisasi kemanusiaan, sukar untuk mendapatkan bilangan mangsa tetapi satu kaji selidik pada 2016 mendapati 14 peratus daripada mangsa keganasan berdasarkan jantina di negara itu adalah lelaki.

Kata Hogg, angka itu mungkin rendah kerana disebabkan rasa malu dan stigma menghalang lelaki daripada bercakap dan petugas bantuan selalunya tidak mencari mangsa lelaki. Atas alasan yang sama, mangsa lelaki jarang mendapatkan rawatan atau sokongan psikologi.

“Kita sedang melihat kepada satu keadaan yang mana tidak ada sesiapa bertanya sama ada lelaki turut menjadi mangsa dera,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: Afrikakes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gaduh Di Restoran, 17 Individu Ditahan Di JB

Next Post

Pokok Tumbang Disebabkan Pereputan Akar

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post

Pokok Tumbang Disebabkan Pereputan Akar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd