• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kes Maut Dalam Lubang Jamban Di Afrika Selatan

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAPE TOWN – Seorang murid perempuan berusia lima tahun maut dalam keadaan menyedihkan selepas ditemui lemas dalam lubang takungan najis di sebuah sekolah di Afrika Selatan.

Lumka Mkhethwa pada mulanya disyaki diculik selepas dia hilang dari sekolahnya di Bizana, Timur Cape dan polis melancarkan gerakan mencari murid itu.

Bagaimanapun, mayat murid itu ditemui sehari kemudian dalam lubang takungan najis selepas ia dikeringkan.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media Afrika Selatan, mangsa dipercayai maut akibat terjatuh ketika menggunakan tandas yang dibina dengan lubang takungan najis terletak betu-betul di bawah tempat duduk tandas.

Kementerian Kesihatan Afrika Selatan mengesahkan kematian tragis murid Sekolah Rendah Luna berkenaan.

“Kematian murid itu dalam keadaan tragis adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan sangat mengganggu,” kata Menteri Pendidikan Afrika Selatan, Angie Motshekga.

Ia bukan kejadian pertama membabitkan murid sekolah yang maut akibat terjatuh ke dalam lubang takungan najis di Afrika Selatan yang masih menggunakan kemudahan tandas yang usang.

Empat tahun lalu, seorang murid lelaki berusia lima tahun, Michael Komape juga ditemui mati akibat terjatuh ke dalam lubang takungan najis ketika menggunakan tandas di sekolahnya di Polokwane.

Keluarga mangsa kemudiannya menyaman kerajaan negeri kerana gagal memastikan keselamatan murid di sekolah berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Afrika Selatanmuridtandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd