• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KUIS Buka Peluang Sambung Pengajian Syarat Minimum

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) kini membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 dengan syarat kemasukan yang minimum bermula dengan pangkat makbul menyambung pengajian di kolej berkenaan.

KUIS dalam kenyataan hari ini berkata ipihaknya menawarkan 18 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda antaranya syariah; syariah undang-undang; usuluddin; Al-Quran dan Al Qiraat; dakwah dan pengurusan sumber insan; bahasa Arab dan multimedia; pentadbiran dengan e-dagang; serta ekonomi dan kewangan,

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara dalam talian di www.kuis.edu.my atau terus hadir ke Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar Baharu, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS bagi membuat permohonan dan mendapatkan khidmat rundingan.

Tarikh kemasukan pelajar baharu bagi 2018 akan dijalankan pada 26 dan 27 Mei 2018.

Sementara itu, KUIS telah menggempur 28 buah Sekolah Menengah Agama di Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah bagi mempromosi program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda semasa keputusan STAM 2017 diumumkan.

“Ketika promosi berkenaan, seramai 48 sekretariat pemasaran KUIS terlibat bagi memastikan maklumat program dan syarat kemasukan ke KUIS dapat disampaikan kepada pelajar yang mengambil keputusan STAM 2017 secara meyeluruh termasuk yang diluar bandar,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: KUIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Bahasa Arab Sedunia 2016 Disambut Meriah

19/12/2016
0

BANGI - Hari Bahasa Arab Sedunia (WALD 2016) disambut meriah di sini bermula 16 hingga 18 Disember lalu dengan pelbagai...

Bekas Pelajar KUIS Sertai IS Lemah Akademik

14/10/2014
0

KUALA LUMPUR - Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah Sulaiman yang dipercayai telah berlepas ke Syria...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd