• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Kubur Ke-2 Moden Di ASEAN Dibuka Di KL

oleh
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANGGIH… Kompleks Tanah Perkuburan Islam paling baharu, iaitu Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2 di ibu negara untuk urusan pengebumian jenazah umat Islam, mula dibuka hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kawasan tersebut yang dibina dengan kos sebanyak RM8.7 juta merupakan kompleks tanah perkuburan Islam kedua paling moden di Asia Tenggara.

Untuk rekod Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah KL-Karak di Jalan Ipoh dekat Taman Selasih, Fasa 2, Batu Caves, Selangor merupakan perintis projek kubur dalam taman itu yang dibuka sejak 1994 dengan kos RM3.9 juta.

Ia dibangunkan dalam tujuh fasa berbeza dengan keluasan keseluruhan 98 ekar dan mengandungi 14,440 plot kubur, manakala kompleks terbaharu kali ini yang seluas 2.16 hektar pula boleh menempatkan 4,458 plot kubur.

“Pembukaan Kompleks Tanah Perkuburan ini dijangka dapat menampung keperluan umat Islam terutamanya dari sekitar ibu negara untuk urusan pengebumian yang semakin bertambah ramai pada setiap hari.

“Ia ada pelbagai kemudahan seperti lanskap menarik, medan kereta luas dan siar kaki ini selain memperkenalkan lot kubur yang diseragamkan saiz dan reka bentuk dengan diberi sistem batu tanda atau batu nisan khas,” katanya.

Jamil berkata demikian ketika merasmikan Kompleks Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2. Idea projek pemodenan kawasan kubur tersebut malahan dicetuskan oleh beliau sendiri pada awal 1990-an lalu.

Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Azman Hashim, Tan Sri Azman Hashim yang juga merupakan rakan strategik bagi pembinaan kompleks perkuburan Islam moden tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jamil Khir BaharomkuburRaudhatul Sakinah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd