• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM Turut Terlibat Bangunkan Pendidikan Negara

oleh Ahmad Albab
24/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementeriannya turut berperanan secara tidak langsung dalam proses pembangunan pendidikan negara, di samping tugas utama sebagai penyampai maklumat rasmi kerajaan.

Justeru beliau berkata kementeriannya sentiasa membuka ruang dan menyokong apa juga rangka kemajuan dan menaik taraf pembangunan prasarana infrastruktur bagi melahirkan generasi celik teknologi maklumat, termasuk di kawasan luar bandar.

Katanya usaha itu selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang menyasarkan pembangunan serta pertumbuhan berpaksikan rakyat agar ia dapat dinikmati semua secara menyeluruh.

“Peranan media massa juga tidak kurang pentingnya dalan menyumbang kepada kepesatan perkembangan pendidikan negara.

“Media merupakan medium pengantara yang menyalurkan maklumat, selain mampu memupuk generasi muda meminati pelbagai bidang terutama aliran pendidikan yang pelbagai,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Program Pendidikan Bersama Utusan Malaysia dan pemberian tablet kepada semua guru peringkat negeri Sabah di Sekolah Kebangsaan Pekan II, di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menaja Akhbar Sisipan Tutor kepada kira-kira 6,000 pelajar di Parlimen Kota Belud yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Sehubungan itu, Salleh berkata media perlu memainkan peranan dengan penuh dedikasi dan hanya menyalurkan maklumat tepat berserta suntikan elemen tarikan menarik sebagai formula utama dalam mengekalkan kedudukannya sebagai sumber rujukan serta maklumat jitu.

Beliau turut memuji peranan Utusan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah dalam melaksanakan program itu serta berharap ia dicontohi oleh badan dan syarikat korporat lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd