• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilafairy Mahu Lebar Sayap Ke Luar Negara

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon tempatan, Kilafairy yang berpeluang berkolaborasi bersama penyanyi terkenal antarabangsa, Sean Kingston menerusi lagu ‘Put The Word In’ berharap dapat memanfaatkan peluang tersebut untuk mengembangkan sayap kerjayanya ke luar negara.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 25, berkata singlenya dirakamkan pada Jun tahun lalu, yang berkisar tentang percintaan mencatat lebih 750,00 penonton sejak dimuat naik dalam YouTube sejak 16 Feb lepas.

Beliau berkata berdasarkan sambutan menggalakkan serta kedudukan lagu itu yang turut tersenarai dalam carta iTunes di beberapa negara, beliau yakin singlenya itu mampu menjadi batu loncatan buatnya meneroka bidang seni di peringkat antarabangsa.

“Menyanyi memang merupakan minat saya sejak kecil dan apabila diberi peluang berduet dengan Sean Kingston yang cukup terkenal dengan lagu hit ‘Beautiful Girls’, ia peluang terbaik untuk menyerlahkan potensi diri,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini hari ini.

‘Put The Word In’ merupakan sebuah lagu hasil susunan DJ Aku Ash manakala lirik hasil kolaborasi Bryan B, DJ Aku Ash dan Kenny Hughes dengan dinyanyikan Sean Kingston, Kilafairy dan DJ Aku Ash.

Kilafairy yang kini di bawah naungan syarikat label Lion Music Group berkata lagu ‘Put The Word In’ boleh juga didapati di semua platform digital seperti Spotify, Joox, Apple music dan iTunes.

Anak kepada penyanyi terkenal era 90-an, Rohana Jalil itu turut mempunyai perancangan untuk mengeluarkan beberapa lagi ‘single’ pada masa hadapan.

“Kini, saya fokus pada single sahaja dan belum mempunyai perancangan untuk menghasilkan album,” katanya.

Kilafairy mula terlibat dalam bidang nyanyian dengan single pertamanya “Pasti” pada 2012 dan empat tahun kemudian, menghasilkan dua lagi single – Warna Cinta bersama Aliff Aziz ,dan Setia. – BERNAMA

Tags: kilafairy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Sanusi Junid Selamat Dikebumikan

Next Post

PAS Minta Pengundi Lembah Pantai Buat Perubahan

Related Posts

Ala J.Lo Malaysia, Klip Muzik Kilafairy Dikritik Netizen

23/02/2018
0

KOLABORASI antara penyanyi Malaysia dan antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah kerana tidak ramai yang berjaya melakukannya. Baca: Kilafairy Tak Kisah Sean...

Kilafairy Tak Kisah Sean Tak Promosi Lagu Duet

27/01/2018
0

NAMA Kilafairy dalam dunia nyanyian mungkin tidak asing, lebih-lebih lagi selepas berkolaborasi bersama-sama dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston. Bagaimanapun, bagi...

Next Post

PAS Minta Pengundi Lembah Pantai Buat Perubahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd