• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesalahan Sijil Halal Palsu Hampir Sifar

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan kesalahan berkaitan sijil halal palsu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata akta itu yang menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972 telah membolehkan pengeluaran sijil halal diperkemas apabila hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri yang diberi kuasa mengeluarkan sijil halal.

“Sebelum ini menerusi Akta Perihal Dagangan 1972, sesiapa pun boleh keluarkan sijil…mana-mana badan persendirian dan syarikat swasta pun boleh keluarkan sijil apabila mereka mendaftarkan syarikat berkaitan halal,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai cabaran dihadapi kerajaan melibatkan pihak-pihak yang memanipulasi sijil halal.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu lagi entiti khas bagi mengambil alih tugas Jakim dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam mengurus selia pengeluaran sijil halal.

Katanya, kedua-dua badan itu telah menjalankan tugas dengan baik dengan Jakim berperanan mengeluarkan sijil halal, manakala HDC lebih fokus kepada pengurusan, pemantauan dan penyelarasan pemain industri.

“Kita dah ada pengalaman, masa bahagian halal satu ketika dulu berada di bawah HDC, kadang-kadang bila sijil itu dikeluarkan melalui arahan HDC, timbul persoalan adakah sijil ini dikawal oleh pihak berkepentingan kepada industri itu atau ia badan benar-benar bebas,” katanya.

Jamil Khir berkata kedua-dua agensi itu juga merupakan sekretariat bersama dalam Majlis Halal Malaysia (MHM) berserta dengan Jabatan Standard Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan MHM adalah bagi menyelaras agensi-agensi terbabit sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri untuk memastikan Malaysia terus menerajui halal global dan menjadi pusat rujukan dunia.

“Dalam masa sama, pembangunan industri halal negara dapat diselaras agar lebih strategik, efektif dan menyeluruh melalui pembangunan beberapa komponen penting yang menghasilkan satu ekosistem halal yang holistik,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) yang ingin tahu sama ada Jakim dan HDC boleh disatukan supaya urusan permohonan sijil halal dikawal satu entiti supaya ia tidak mengelirukan pelabur asing. – BERNAMA

Tags: sijil halal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Daging Kerbau RM4.3 Juta Dirampas Guna Sijil Halal Mengelirukan

11/02/2021
0

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 335 tan daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM4.3...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd