• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kerja Keras Produksi Punca KL Special Force Berjaya”

oleh Haris
13/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM terbaharu terbitan syarikat produksi Skop Productions, yang sedang ditayangkan mendapat kejayaan besar apabila meraih kutipan RM4.7 juta selepas empat hari disiarkan di pawagam.

Bagi salah seorang pelakon filem tersebut, Datuk Rosyam Nor, dia menganggap pencapaian KL Special Force tersebut merupakan pulangan berbaloi hasil kerja keras seluruh tenaga produksi filem tersebut.

Jelas Rosyam, kesemua krew produksi dan pelakon mahu melihat filem tersebut beroleh kejayaan dan keadaan itu menyebabkan mereka semua bertungkus lumus memberikan kerja terbaik.

Menerusi laporan portal BH Online, kutipan luar biasa yang dicatatkan filem terbabit kata Rosyam bukanlah semata-mata disebabkan oleh barisan pelakonnya.

Dia yang juga mempunyai pengalaman sebagai penerbit berkata, dirinya juga terkejut apabila dimaklumkan kutipan filem berkenaan sudah hampi mencecah RM5 juta selepas beberapa hari ditayangkan.

“Saya memang tidak menyangka pungutannya sebegitu tinggi dan saya dimaklumkan oleh penerbit, Datuk Yusof Haslam, inilah kutipan tertinggi sesebuah filem dalam tempoh yang singkat.

“Pencapaian sesebuah filem juga bukan terletak kepada pelakon, tetapi pengarahan dan orang yang bekerja keras di belakang tabir bagi menjayakannya.

“Pelakon cuma bekerja dan menyampaikan apa yang diarahkan kepada mereka. Pihak yang mencorakkan sesebuah filem itu ialah pasukan produksi,” katanya kepada akhbar tersebut.

Tambah Rosyam, dia sangat menghargai peluang diberikan pengarah KL Special Force, Syafiq Yusof untuk sama-sama terlibat dengan filem aksi berkenaan.

Jelasnya, ia sekali gus memadan tanggapan sesetengah pihak yang merasakan dia sudah tidak sesuai berlakon dalam filem bergenre aksi lasak kini.

“Saya sangat berterima kasih kepada pengarahnya, Syafiq Yusof, kerana mengambil saya berlakon dalam filem ini.

Tindakannya itu juga membuktikan, tanggapan kononnya saya tidak boleh lagi berlakon filem aksi pada usia begini adalah tak betul,” ujarnya lagi.

Justeru, Rosyam menegaskan bahawa dia mahu mengubah persepsi masyarakat yang merasakan pelakon usia separuh abad tidak layak melakonkan watak aksi.

“Selepas ini, saya nak tengok rakan seusia dengan saya diberikan peluang untuk filem besar sebegini,” katanya yang kagum dengan kreativiti Syafiq, 25.

Dalam pada itu, Rosyam turut memuji seorang lagi pelakon yang terlibat dalam filem terbabit, Fattah Amin dengan mengatakan bahawa pelakon popular itu memiliki bakat serta kebolehan berlakon yang baik.

Kata Rosyam, dia dapat melihat kesungguhan dan kerja keras aktor terbabit dalam menjayakan wataknya bagi membuktikan keupayaan diri yang sebelum ini sering diperlekeh.

“Dulu, Fattah sering dilabel sebagai pelakon ‘kayu’, tetapi sekarang dia sudah buktikan dirinya mampu berlakon dengan lebih baik.

“Sekarang, terpulang pada dirinya bagaimana mahu mengekalkan jenamanya itu. Sebagai pelakon senior, saya turut menumpang populariti mereka (pelakon baharu),” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: KL Special ForcepawagamRosyam Nor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Kerajaan Benar Aktiviti Pawagam Pandu Masuk Tertakluk SOP

09/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd