• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Masih Berharap ‘Aca’ Selamat

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Anggota keluarga Mohd Akashah Azizan, 25, seorang daripada 14 kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang dipercayai masih terperangkap dalam perut kapal tersebut masih berharap beliau yang dipanggil Aca selamat dan pulang ke pangkuan keluarga.

Azral Azizan, 37, abang sulung mangsa berkata harapan itu diletakkan kerana beliau tahu adiknya adalah seorang yang kuat dan tidak pernah berputus asa dalam menempuh sebarang cabaran.

Beliau merupakan antara anggota keluarga terawal yang mengetahui berita mengenai adik kelimanya itu.

“Majikannya menelefon dan memaklumkan saya mengenai kejadian yang menimpa. Masa mula-mula terima berita ini memang tak tahu nak fikir apa dah.

“Keluarga masih berharap Aca selamat..saya percaya dia kuat. Insha-Allah, dia akan selamat,” katanya ketika ditemui di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka dekat sini hari ini.

Azral berkata semangat adiknya itu berdepan cabaran di lautan tidak dapat disangkal apabila sebelum ini mangsa pernah ditinggalkan berseorangan di tengah perairan hampir seminggu.

“Bayangkan cabaran semasa dia ditinggalkan berseorangan di atas kapal ketika berada di perairan berhampiran pelabuhan Pasir Gudang langsung tidak meruntun semangatnya. Malah, Aca juga kelihatan tenang tatkala berjaya diselamatkan.

“Sememangnya dia seorang yang kuat semangat sebab bukan sekali dua dia berhadapan pengalaman getir di lautan, tapi lebih kurang tiga kali,” katanya yang bekerja di Putrajaya.

Sementara itu, mengulas mengenai usaha pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), Azral merakamkan penghargaan selain yakin dengan bantuan pihak berkaitan yang bertungkus lumus menjayakan operasi sejak lebih 24 jam lalu.

Semalam, pasukan SAR menjumpai empat anak kapal warga China dengan seorang daripadanya meninggal dunia, namun dipercayai 14 kru masih terperangkap dalam kapal tersebut. – BERNAMA

Tags: Kapal Korekkaram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

26/11/2023
0

ATHENS: Sebuah kapal kargo dengan bendera Comoros serta membawa 14 orang, dilaporkan karam di pesisir Pulau Lesbos ketika angin kencang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd