• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh ‘Bendera Emas’ Mirip Kertas Sembahyang Cina

oleh
23/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR… Majlis Bandaran Jalan Besar terpaksa menurunkan puluhan kepingan plastik berwarna emas yang digantung oleh seorang wanita penggiat seni terkenal Singapura, Priyageetha Dia.

Kepingan-kepingan tersebut digantung di sebuah flat awam HDB terletak di Blok 103 Jalan Rajah empat hari lalu dan diturunkan selepas menerima aduan daripada penduduk yang mengatakan ia mirip kertas sembahyang Cina.

Anggota Parlimen bagi GRC Jalan Besar, Dr. Lily Neo memberitahu agensi berita tempatan MediaCorp bahawa pihak majlis bandaran itu pada Rabu sudah menurunkan semua 24 kepingan yang digantung di belebas blok itu.

“Bukan semua orang dapat menghargai karya seni ini, kepingan emas itu mungkin mengingatkan orang ramai tentang kertas sembahyang Cina,” jelasnya yang hanya dimaklumkan mengenai pemasangan tersebut pada Rabu.

“Kami mahu menampung seberapa ramai orang yang mungkin… jika ini adalah kawasan bersama, ia bukan milik seseorang itu sahaja,” kata Neo yang juga mengatakan majlis bandaran sudah cuba memaklumkan Priyageetha.

Pegawai majlis bahkan pergi di rumahnya, tetapi pintu tidak dibuka. Teo dimaklumkan bahawa hasil karya seni itu dilakukan oleh artis sama dan bertanggungjawab menampal kerajang emas di tangga blok yang sama tahun lalu.

“Sebelum ini, kami sudah beritahunya agar hubungi kami, tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian,” kata Neo, yang turut menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan Priyageetha bagi pameran hasil seninya pada masa hadapan.

“Mungkin sesuatu yang dapat kekal lebih lama, berbanding sesuatu yang terdedah kepada matahari dan hujan,” dedahnya. Kepingan terbabit disimpan di pejabat majlis bandaran itu untuk dituntut oleh artis berkenaan semula.

Penggiat seni berusia 26 tahun itu sebenarnya memang maklum akan kepingan emas yang bakal ditanggalkan dan “berkecuali” mengenai isu tersebut. Malah ujarnya kepada MediaCorp: “Saya tahu ia akan berlaku juga akhirnya.”

Bekas penuntut Kolej Seni Lasalle itu berkongsi video hasil karya seninya, melalui akaun Facebook beliau pada Isnin dan Selasa lalu. Ia menunjukkan kepingan plastik digantung kemas dari setiap aras blok HDB kecuali aras lantai.

Sambil menjelaskan hasil seni uniknya itu pada Rabu, beliau berkata: “Ia lebih kepada idea mencetuskan kelainan pada ruang HDB itu. Anda sama ada boleh melihatnya sebagai bendera atau sekadar selimut yang digantung.”

Pada Mac 2017, penggiat seni itu menarik perhatian ramai selepas beliau menampal lapisan emas pada tangga blok HDB yang sama. Majlis bandaran menyifatkan tindakan pelik itu sebagai “tidak sah dan tidak dibenarkan”.

Beliau kemudian secara sukarela bertindak menanggalkannya demi mengelak insiden tidak diingini selain bimbang ia boleh menjejaskan imej Singapura yang terkenal dengan disiplin kebersihan awam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Masih Berharap ‘Aca’ Selamat

Next Post

‘Segalanya Wanita’ Pada MAHA 2018

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

'Segalanya Wanita' Pada MAHA 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd