• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Macam Biasa, Doakan Yang Terbaik” – Hefny

oleh
09/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang mula berteka-teki mengenai status hubungan antara pengacara, Hefny Sahad dan pelakon jelita, Uqasha Senrose.

Sebelum ini terdapat banyak desas desus yang mengatakan pasangan ini akan bertunang, namun pasangan ini dikatakan semakin kurang ‘mesra’ di hadapan umum apabila masing-masing tidak lagi memuat naik foto bersama di laman sosial.

Baca: Setahun Lebih Bercinta, Uqasha Akui Bakal Bertunang

Ekoran itu, Hefny tampil menjawab segala persoalan yang kerap menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen itu.

Hefny berkata, hubungannya bersama Uqasha masih baik seperti biasa selain mengakui enggan mengulas lanjut mengenai status yang sedang terjalin.

“Status perhubungan? Kami macam biasa, cuma tak mahu bercerita lebih mengenai perkara ini. Saya tak mahu komen. Doakan saja yang terbaik,” kata Hefny dipetik BH Online, hari ini.

Ujar Hefny lagi, dia dan Uqasha sedang sibuk dengan jadual kerja masing-masing yang agak padat selain mengakui lebih selesa untuk berkongsi mengenai hal-hal kerjaya sahaja buat masa ini.

“Tahun ini, saya mahu lebih banyak bercerita mengenai karier. Saya perhatikan, liputan mengenai kisah cinta kami terlalu banyak dan tumpuan umum hanya terarah ke situ. Saya tak mahu orang bercakap saya tumpang populariti Uqasha pula,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hefny dikatakan bakal muncul dalam program bual bicara terbaharu terbitan TV3, Borak Kopitiam bersama Dayah Bakar, Sarah Adiba, Feona Cheong, Zack Merican dan Fify Azmi selain penyampai radio, Haziq (Hot FM) serta Muaz (Kool FM).

Memetik sumber, difahamkan program yang bersiaran selama dua jam itu akan ditayangkan secara langsung setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7 pagi mulai esok. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Hefny Sahaduqasha senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd