• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaedah Baharu Turap Jalan Raya Kurangkan Kos

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan kaedah baharu bagi tujuan turapan jalan raya di negara ini dijangka dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 30 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kaedah baharu tersebut seperti asphalt terubah suai getah bekuan atau pun ‘cup lump modified asphalt’ (CMA), Cold In Place Recycling (CIPR) dan ‘polymer modified asphalt’ (PMA) memberi hasil yang lebih baik selain meningkatkan kualiti jalan raya.

“Kaedah baharu ini antara usaha yang dibuat oleh kementerian bagi meningkatkan kualiti jalan raya di negara ini termasuk di Sabah dan mengurangkan kos penyelenggaraan berbanding kaedah konvensional sedia ada,” katanya pada sesi soal jawab lisan hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang meminta kementerian menyatakan langkah proaktif untuk membaik pulih keadaan jalan raya utama di Sabah yang menghubungkan satu daerah dengan daerah lain bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Mengulas lanjut, katanya, selain penggunaan kaedah baharu, kementerian sentiasa memantau prestasi syarikat konsesi melalui aktiviti lawatan pemantauan sebanyak tiga kali setahun dan mesyuarat penyelarasan pemantauan jalan persekutuan sebanyak empat kali setahun.

Menjawab soalan tambahan Juslie mengenai pemantauan keselamatan jalan-jalan yang melibatkan cerun bahaya dan berisiko, Rosnah berkata kementerian telah menghasilkan peta bahaya dan risiko cerun di mana data jalan dan cerun terlibat telah diklasifikasikan mengikut kategori iaitu tinggi, sederhana dan rendah.

“Selain itu kita juga melaksanakan pemetaan cerun menggunakan teknologi terkini termasuk Light Detection and Ranging (LiDAR) iaitu maklumat berkaitan inventori dan juga profil cerun , selain pemantauan melalui udara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jalan RayaKementerian Kerja Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MISTAKES: Antara Iklan Keselamatan Jalan Raya Paling ‘Real’ Pernah Dihasilkan

MISTAKES: Antara Iklan Keselamatan Jalan Raya Paling ‘Real’ Pernah Dihasilkan

28/11/2025
0

MISTAKES: Antara Iklan Keselamatan Jalan Raya Paling ‘Real’ Pernah Dihasilkan, Pernah Ditarik Balik Kerana 'Terlalu Berkesan' OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

21/01/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Tindakan orang ramai yang berhenti di bahu jalan Jambatan Sungai Pulai, di sini, untuk merakam gambar pemandangan, dibimbangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd