• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Jodohkan Saya Dengan Khai” – Ara Johari

oleh
04/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini, hubungan rapat antara dua selebriti iaitu Ara Johari dan Khai Bahar mula menjadi perhatian peminat seni hiburan tanah air.

Malah terdapat juga segelintir peminat mengharapkan agar Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari menjalinkan hubungan cinta dengan Khai.

Bagaimanapun, penyanyi wanita berusia 21 tahun itu menjelaskan hubungan yang terjalin antara mereka tidak lebih dari sekadar rakan biasa selain secara peribadi akui Khai adalah jejaka yang baik dan menyenangkan

“Memandangkan kami dalam kelompok artis baru menyebabkan kami rapat dan Khai juga seorang sahabat yang baik dan mudah berkomunikasi. Janganlah jodohkan kami!

“Kelakar juga bila ada orang jodohkan kami sampaikan rakaman video kami bergurau semasa Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang lalu turut viral dan mendapat perhatian peminat.

“Saya tak salahkan peminat dan biasalah tentang hal itu. Cumanya apa yang boleh saya kata kami hanya berkawan dan sepanjang mengenali Khai dia seorang lelaki baik,” katanya dipetik mStar Online, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai perjalanan kerjaya selepas selepas menyertai AJL32 baru-baru ini, Ara memberitahu dia menerima banyak impak positif.

“Orang lebih fokus pada persembahan kita dan banyak benda positif saya terima. Alhamdulillah ramai komposer yang berminat nak buatkan lagu dan tawaran persembahan semakin banyak.

“Sekarang ni saya mahu fokus dengan nyanyian dan dalam rangka promosi lagu Bunga yang semakin diterima ramai,” ujar Ara.

Dalam perkembangan lain, Ara dikatakan bakal mengusahakan perniagaan katering, Ara Kitchen By Ara Johari di Shah Alam, Selangor tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: AJL 32Ara JohariKhai Bahar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Mustaqim, Ara Johari Rayu Pilih BN

Artis Mustaqim, Ara Johari Rayu Pilih BN

07/11/2022
0

SEPANG : Dua artis tempatan yang baru meningkat naik turut teruja mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran berkempen untuk...

Khai Bahar, Siti Nordiana Ungguli AME 2019

22/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi kategori lelaki pada Anugerah MeleTOP ERA 2019...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd